Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengurus besar didakwa salah guna kuasa lantik anak perempuan dalam syarikat

-

MELAKA: Seorang bekas pengurus besar sebuah anak syarikat kerajaan negeri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini semalam, atas pertuduhan salah guna kuasa dengan melantik anak perempuann­ya memegang jawatan di syarikat yang sama.

Datuk Abu Bakar Abdul didakwa menggunaka­n jawatannya apabila terlibat dalam proses temu duga pemilihan jawatan dalam melantik anak perempuann­ya Nurnadiah Abu Bakar ke jawatan Penolong Pegawai Sumber Manusia, di Syarikat Panorama Melaka Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Syarikat

Panorama Melaka Sdn Bhd, Bangunan Terminal, Melaka Sentral, Jalan Tun Abdul Razak di sini pada 27 Disember 2018.

Pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan sebanyak RM15,000, selain mengemukak­an syarat tambahan iaitu pasport diserah kepada mahkamah serta perlu melapor diri ke pejabat SPRM sebulan sekali.

Peguam Zulfahmi Abu Bakar bagaimanap­un memohon agar jaminan dikurangka­n kerana tertuduh merupakan pesara dan tidak mempunyai pendapatan tetap selain masih menanggung dua anak yang masih bersekolah.

Hakim Elesabet Paya Wan kemudian membenarka­n jaminan sebanyak RM10,000 dan membenarka­n syarat tambahan dikemukaka­n Mohamad Azriff Firdaus selain menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula kes. �� Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia