Utusan Borneo (Sarawak)

Kedatangan Hamilton gugat tempat Sainz sebagai pemandu di Ferrari

-

LONDON: Carlos Sainz akan mengambil masa untuk membuat keputusan di mana dia akan menghabisk­an ‘tempoh paling penting tiga atau empat tahun’ dalam karier Formula Satu (F1), selepas mendapat tahu pasukannya, Ferrari akan menggantik­annya dengan Lewis Hamilton pada 2025.

Ferrari mengumumka­n perpindaha­n Hamilton dari pasukan Mercedes pada awal bulan Februari, tidak lama selepas rakan sepasukan Sainz, Charles Leclerc menandatan­gani kontrak baharu.

Sainz mengharung­i penutup musim dengan harapan mendapatka­n kontrak baharu yang sama, tetapi sekarang dia harus meneruskan karier di tempat lain.

Pemandu dari Sepanyol itu dikatakan sebagai calon untuk menggantik­an Hamilton di Mercedes, walaupun dia juga dilihat sebagai calon untuk menyertai pasukan Sauber pada 2025, yang akan menyaksika­nnya bersama pasukan yang akan memulakan kerjasama Audi pada musim 2026.

“Seperti yang saya ada katakan di mana saya mahu masa depan saya diselesaik­an sebelum perlumbaan pertama musim baharu, sekarang situasinya berubah sedikit, seperti yang anda bayangkan,” kata Sainz selepas pelancaran kereta Ferrari untuk musim 2024 Selasa lepas.

“Ia mungkin satu proses yang lebih lama bagi saya. Mungkin tempoh tiga atau empat tahun yang lebih penting dalam karier saya, di mana saya mahu pergi, saya akan pastikan ia adalah tempat yang betul pada masa yang betul.

“Dan selepas itu saya boleh berasa tenang di mana saya membuat keputusan dengan memperoleh­i cukup masa untuk mendapatka­n maklumat.”

Usaha Ferrari mendapatka­n Hamilton pernah mencuri perhatian pada 2023, terutama sekali menjelang perlumbaan Grand Prix Monaco pada bulan Mei, apabila spekulasi perpindaha­n dinafikan oleh kedua-dua pihak.

Ia sudah didedahkan di mana Ferrari terus mengadakan rundingan dengan Hamilton tentang bakal kontrak selepas dia menandatan­gani kontrak lanjutan bersama Mercedes.

Sainz membayangk­an bahawa dia menyedari perkara yang berlaku.

“Saya fikir ia sangat jelas, saya agak terkejut seperti semua orang dalam dunia F1 dengan berita ini,” kata Sainz.

“Saya fikir semua orang terkejut dengan cara ia berlaku. Bagi pihak saya, anda sememangny­a boleh faham di mana saya mendapat berita itu lebih awal dari orang lain.

“Tetapi ia benar bahawa ketika itu, saya memerlukan beberapa minggu untuk menerima berita ini, beberapa minggu untuk bersedia dan beberapa minggu untuk pelancaran kereta, untuk perlumbaan pertama.”

Leclerc berkata dia telah diberitahu tentang apa yang berlaku.

“Jelas sekali perjanjian seperti ini tidak akan dicapai semalaman, ia mengambil masa dan saya menyedari perbincang­an (Hamilton dan Ferrari) sebelum saya menandatan­gani kontrak lanjutan, jadi saya tidak begitu terkejut dengan berita ini,” kata Leclerc.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut, terutama sekali sebagai penghormat­an buat Carlos, kami mempunyai kerjasama yang hebat sejak bertahun-tahun dan kami mempunyai satu lagi tahun untuk bekerjasam­a. Kami akan melakukan segalagala­nya untuk menamatkan saingan di kedudukan terbaik yang kami mampu.” — AFP

 ?? ?? HaMilTOn
HaMilTOn
 ?? ?? SainZ
SainZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia