Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntut Klinsmann dipecat segera

Pegawai tertinggi KFA mahukan jurutlatih itu dipecat selepas Korea Selatan tersingkir di separuh akhir pada Kejohanan Piala Asia 2023 Kami telah mencapai kata sepakat bahawa Klinsmann tidak mampu menggunaka­n kepimpinan­nya sebagai ketua jurulatih pasukan k

- Hwangbo Kwan Jawatankua­sa pasukan kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA)

SEOUL: Pegawai tertinggi bola sepak Korea Selatan kelmarin mengesyork­an supaya jurulatih Jurgen Klinsmann dipecat, berkata ‘perubahan kepimpinan adalah perlu’ selepas mereka tersingkir di separuh akhir Piala Asia dan pemain bertelagah sesama sendiri.

“Kami telah mencapai kata sepakat bahawa Klinsmann tidak mampu menggunaka­n kepimpinan­nya sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan atas pelbagai sebab dan perubahan kepimpinan adalah perlu,” kata Hwangbo Kwan dari jawatankua­sa pasukan kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).

Jawatankua­sa itu bukan badan pembuat keputusan tetapi akan mengutarak­an cadanganny­a kepada lembaga eksekutif KFA, yang akan membuat keputusan

muktamad.

Selepas mesyuarat selama tiga jam, Hwangbo berkata jawatankua­sa itu telah memutuskan “persediaan taktikal Klinsmann gagal” semasa Piala Asia yang mengecewak­an pasukan itu.

“Ada pendapat menyatakan bahawa Klinsmann gagal menunjukka­n keazamanny­a untuk mencari bakat baharu dan dia gagal memahami konflik dalaman atau perasaan dalam kalangan ahli pengurusan,” katanya.

“Juga ada ulasan bahawa dia kelihatan tidak mengendahk­an orang ramai di Korea semasa tempoh singkatnya di Korea Selatan dan bahawa mereka telah hilang kepercayaa­n kepada dia,” tambahnya.

Klinsmann berada di bawah tekanan selepas Korea

Selatan tewas kepada Jordan 0-2 minggu lalu walaupun mempunyai skuad berbakat yang menampilka­n pemain hebat seperti Son Heungmin.

Klinsmannm­enghadirim­esyuarat itu pada sidang video dari rumahnya di Amerika Syarikat, lapor agensi berita Yonhap. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? iSU PanaS: Presiden KFa, Chung Mong-gyu (tengah) mengadakan mesyuarat dengan eksekutif atasan bagi membincang­kan mengenai kedudukan Klinsmann selaku jurulatih kebangsaan Korea Selatan di ibu pejabat KFa di Seoul.
— Gambar AFP iSU PanaS: Presiden KFa, Chung Mong-gyu (tengah) mengadakan mesyuarat dengan eksekutif atasan bagi membincang­kan mengenai kedudukan Klinsmann selaku jurulatih kebangsaan Korea Selatan di ibu pejabat KFa di Seoul.
 ?? ?? KlinSMann
KlinSMann

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia