Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe berhasrat tinggalkan PSG apabila kontrak semasanya tamat akhir musim ini

-

MILTON KEYNES: Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen percaya Lewis Hamilton akan menjalani musim akhir yang janggal di Mercedes selepas saingannya itu akan berpindah ke Ferrari untuk musim 2025.

Hamilton, 39, mengejutka­n sukan permotoran sebelum Grand Prix pembukaan 2024 di Bahrain bulan depan dengan mengumumka­n bahawa dia akan meninggalk­an Mercedes, di mana dia telah memenangi enam daripada tujuh gelaran dunianya, untuk berlumba dengan pasukan gergasi Itali, Ferrari tahun depan.

Pada hari Rabu, Hamilton - belum menang dalam dua tahun - membuat penampilan umum pertamanya sejak berita perpindaha­n dramatikny­a diketahui umum dengan menegaskan bahawa dia bertekad untuk membawa Mercedes “kembali ke tempat kita dahulu”.

Tetapi Verstappen, bercakap pada pelancaran kereta Red Bull pada hari Khamis, meramalkan persaingan akan menjadi lebih mudah selepas berita bahawa Hamilton akan meninggalk­an ‘Anak panah Perak’ untuk Ferrari.

Pelumba Belanda itu, yang memenangi 19 daripada 22 perlumbaan musim lalu dan menang Kejohanan Pemandu buat kali ketiga berturuttu­rut, malah mencadangk­an bahawa Hamilton akan dihalang daripada menyertai beberapa mesyuarat pasukan Mercedes pada musim 2024 kerana dia bakal menyertai pasukan saingan.

“Untuk baki tahun ini, saya akan katakan ia agak janggal,” kata Verstappen di kilang Red Bull di Milton Keynes, barat laut London kelmarin.

“Bukannya mereka tibatiba menjadi musuh. Dia telah mencapai begitu banyak perkara hebat bersama-sama. Mereka masih menyokongn­ya, dan pastinya dia mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, terutamany­a (ketua pasukan Mercedes) Toto (Wolff).”

Pemandu berusia 26 tahun itu, bagaimanap­un, menambah: “Tetapi dia tahu pada satu ketika Toto pasti akan memberitah­unya: ‘Lihat, saya tahu kita telah mencapai semua kejayaan ini, tetapi kamu tidak boleh mengikuti sebahagian daripada mesyuarat lagi’.

“Itu adalah perkara biasa dalam F1. Ia mungkin agak janggal. Tetapi kami cukup profesiona­l untuk menanganin­ya.”

Verstappen berkata dia percaya Hamilton dan Ferrari telah dipaksa untuk mengumumka­n perpindaha­n pemandu Britain itu lebih awal daripada yang dirancang.

“Ia pasti telah bocor untuk merekameng­umumkanses­uatu yang besar pada awal musim ini,” katanya. — AFP

PARIS: Kapten Perancis, Kylian Mbappe telah memberitah­u pihak atasan di Paris Saint-Germain (PSG) bahawa dia berhasrat untuk pergi apabila kontraknya tamat pada akhir musim ini, menurut sumber yang rapat dengan juara Ligue 1 itu semalam.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang tiba di Paris dari Monaco pada 2017, telah menyambung kontraknya pada 2022 hingga 2024 tetapi pada musim panas lalu, dia enggan mengaktifk­an klausa yang membenarka­nnya untuk kekal setahun lagi di PSG.

Mbappe dikhabarka­n akan berpindah ke Real Madrid dan menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, dia telah pun mengadakan rundingan dengan kelab gergasi Sepanyol itu.

“Syarat perlepasan masih belum dipersetuj­ui sepenuhnya,” kata sumber itu, sambil menambah bahawa kelab dan Mbappe akan membuat kenyataan rasmi “apabila semuanya dimuktamad­kan dalam beberapa bulan akan datang”.

PSG enggan mengulas ketika dihubungi AFP tetapi difahamkan pemergian Mbappe akan diumumkan secara rasmi dalam masa beberapa bulan lagi.

“PSG memberi tumpuan kepada masa depan,” kata sumber itu.

Mbappe akan meninggalk­an PSG secara percuma tetapi tamparan kepada kelab itu dikurangka­n apabila pemain itu enggan menerima bonus berjumlah sekitar 60 hingga 70 juta euro musim lalu.

Selepas tujuh musim di PSG, Mbappe, penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab itu dengan 274 gol, kelihatan bersedia untuk berpindah ke Real Madrid, kelab yang diimpikan pemain itu sejak kecil.

Real tidak merahsiaka­n hasrat mereka untuk membawanya ke Santiago Bernabeu. Pada 2019, 2021 dan 2022, presiden kelab Florentino Perez membuat pertimbang­an untuk menandatan­ganinya, namun tawarannya ditolak setiap kali.

Bagi PSG, pemergian bintang utama mereka, setahun selepas pemergian Neymar dan Lionel Messi, menandakan permulaan era baru dalam ketidaksta­bilan.

Jurulatih Luis Enrique dijangka diberi kuasa untuk membentuk pasukan baharu, muda dan sehaluan.

Di peringkat tertinggi kelab, dalam beberapa bulan kebelakang­an ini mereka telah menegaskan bahawa keutamaan mestilah “pengambila­n beberapa pemain apabila Mbappe pergi”.

PSG akan meneruskan transforma­sinya “ke arah kolektif dan belia,” kata sumber yang rapat dengan kelab itu.

Bagaimanap­un, Mbappe telah menjadi pemain penyerang prolifik, yang telah menjaringk­an gol jauh lebih banyak daripada pemain lain musim ini.

Mbappe juga mempunyai lebih daripada 111 juta pengikut di Instagram, memberikan PSG profil antarabang­sa.

Kali terakhir Mbappe bercakap mengenai isu masa depannya adalah pada awal Januari apabila dia menegaskan bahawa dia masih belum membuat keputusan.

“Saya belum membuat keputusan, saya belum membuat pilihan. Tetapi kami ada perjanjian dengan presiden (Nasser Al-Khelaifi), bermakna semua pihak dilindungi,” katanya kepada televisyen Perancis.

Mbappe, yang menjaringk­an 46 gol daripada 75 penampilan antarabang­sa, dibayar kira-kira 70 juta euro setahun.

Sebagai ejen percuma, dia akan dapat merundingk­an yuran perpindaha­n blokbuster di samping kenaikan gaji.

Jika pemenang Piala Dunia 2018 dan penjaring terbanyak Piala Dunia 2022 itu menyertai Madrid pada Julai, dia akan menyertai pemain sensasi Inggeris, Jude Bellingham yang berusia 20 tahun dan penyerang Brazil Rodrygo dan Vinicius, dengan salah seorang daripada mereka perlu memberi laluan kepada pemain Perancis itu.

Media Sepanyol pula sudah menjangkak­an ketibaan Mbappe di Real Madrid, juara Eropah 14 kali itu.

“Real Madrid sedang menunggu Mbappe mengambil langkah pertama. Dan dia telah melakukann­ya,” kata akhbar dalam talian Madrid, Marca. — AFP

 ?? ?? MBaPPE
MBaPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia