Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Perancis tolak kes fitnah dibawa Benzema

-

PARIS: Mahkamah Perancis kelmarin menolak kes fitnah yang dibawa oleh pemain bola sepak profesiona­l, Karim Benzema terhadap Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin.

Pemenang Ballon d’Or Perancis 2022 menulis di media sosial X, pada Oktober bahawa orang awam Palestin di Gaza sedang berdoa tentang “pengeboman tidak adil” yang dilakukan Israel ke atas wilayah yang dikepung, selepas serangan 7 Oktober oleh militan Palestin, Hamas ke atas Israel .

Darmanin, seorang pegawai sayap kanan yang bersuara lantang, bercakap di televisyen pada 16 Oktober mendakwa pemain berusia 36 tahun untuk pasukan Saudi Al-Ittihad itu mempunyai hubungan “terkenal” dengan kumpulan Islam, Ikhwanul Muslimin yang berasal dari Mesir, menyifatka­n kumpulan itu sebagai “masalah besar”.

Benzema, yang pernah bermain untuk Real Madrid, berkata dalam fail aduannya bulan lalu bahawa tuduhan itu “mencemarka­n” maruah dan reputasiny­a.

Menurutnya, dia “tidak pernah mempunyai hubungan sedikit pun dengan organisasi Ikhwanul Muslimin”.

Sebuah jawatankua­sa di satu-satunya mahkamah negara yang diberi kuasa untuk mendakwa ahli politik atas dakwaan kesalahan yang dilakukan semasa berkhidmat dalam kerajaan kelmarin mendapati tiada alasan untuk sebarang serangan terhadap maruh atau reputasiny­a, kata pendakwa raya tertinggi Remy Heitz.

Pada 7 Oktober, Hamas melakukan serangan yang mengorbank­an lebih kurang 1,160 orang di Israel, kebanyakan­nya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarka­n angka rasmi Israel.

Militan Palestin turut menjadikan kira-kira 250 orang sebagai tebusan. Sekitar 130 daripada mereka masih ditawan di Gaza, termasuk 29 dipercayai mati, menurut pegawai Israel. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia