Utusan Borneo (Sarawak)

Premier rasmi Bekalan Air Tanjung Manis

Projek bernilai RM974.1 juta telah beroperasi sejak 2 Oktober 2023.

- Oleh Borhaniza Ali Basah

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam merasmikan Bekalan Air Tanjung Manis bernilai RM974.1 juta yang telah mula beroperasi sejak 2 Oktober 2023.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada penduduk Tanjung Manis susulan penyiapan Loji Rawatan Air Tanjung Manis pada September tahun lalu, sekali gus memberi jaminan adalah menjadi dasar kerajaan Sarawak untuk menyediaka­n infrastruk­tur asas, air dan elektrik di kawasan luar bandar.

“Ini memerlukan peruntukan yang banyak, kalau sebelum ini kita bergantung kepada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kadang-kadang datang dan kadangkada­ng tidak, projek tidak berjalan dengan lancar.

“Kita ada cara baharu, kita mendapat peruntukan daripada dana Sarawak, jadi projek tertentu boleh kita laksanakan dengan berkesan,” ujarnya pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Majis Perasmian Bekalan Air Tanjung Manis di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Pentadbira­n Tanah Perancang Bandar dan Alam Sekitar Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar Datuk Len Talif Salleh serta yang lain.

Abang Johari berkata, Sarawak mencatatka­n hasil sebanyak RM13.3 bilion bagi 2023, prestasi hasil tertinggi pernah dicapai negeri dan ia akan terus meningkat tahun ini selagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkuasa.

Pengerusi GPS itu berkata, perlu diingatkan bahawa apabila merancang projek, peruntukan mencukupi adalah mustahak, jika tidak projek akan tertangguh.

Beliau turut mengarahka­n Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi menambah baik pengagihan air projek bekalan air Tanjung Manis supaya bekalan air terawat dapat disambungk­an ke semua rumah panjang sehingga ke Sibu.

Abang Johari berkata, ini akan memakan kos yang tinggi, tetapi selagi beliau memimpin kerajaan GPS, beliau akan mencari jalan untuk mendapatka­n sumber bagi tujuan itu.

Untuk rekod, Loji Rawatan Air Tanjung Manis boleh menghasilk­an sehingga 50 juta liter sehari (MLD) air mentah dari Sibu ke Tanjung Manis.

Loji itu boleh mengeluark­an 30 MLD air terawat untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan sekitar, manakala 20 MLD boleh dibekalkan kepada industri di Tanjung Manis.

Abang Johari percaya sekarang adalah masa terbaik untuk rakyat menggunaka­n sepenuhnya kemudahan itu bagi meningkatk­an ekonomi mereka, contohnya dengan mempromosi­kan Belawai sebagai destinasi pelanconga­n melalui penubuhan pusat peranginan dan inap desa.

Beliau turut menyentuh pelbagai prospek ekonomi yang boleh diterokai di kawasan itu seperti Bahan Api Penerbanga­n Lestari (SAF) di Rajang, perdaganga­n karbon di kawasan paya, ladang padi dan industri pembuatan, pertanian dan perkhidmat­an lain.

 ?? ?? KEMUDAHAN RAKYAT: Abang Johari (tengah) melakukan simbolik perasmian Projek Bekalan Air Tanjung Manis, semalam sambil disaksikan oleh Julaihi (dua kiri), Len (dua kanan) serta yang lain.
KEMUDAHAN RAKYAT: Abang Johari (tengah) melakukan simbolik perasmian Projek Bekalan Air Tanjung Manis, semalam sambil disaksikan oleh Julaihi (dua kiri), Len (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia