Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan Air Tanjung Manis manfaatkan 2,431 isi rumah

-

Bekalan Air Tanjung Manis yang telah mula beroperasi sejak Oktober 2023 memberi manfaat kepada 2,431 isi rumah di kawasan Tanjung Manis, termasuk kawasan sekitarnya.

Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak Dato Julaihi Narawi berkata, projek ini merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air Sarawak yang telah menelan belanja sebanyak RM974.1 juta.

Antara kawasan yang mendapat manfaat daripada siapnya projek ini adalah pekan Tanjung Manis, Kampung Belawai, Kampung Jerijeh, Kampung Rajang, Kampung Serdeng, Kampung Sedau dan Kampung Bekakong.

“Sistem bekalan air Tanjung Manis mampu membekalka­n air mentah dari Sibu ke Tanjung Manis sehingga 50 Juta Liter Sehari (JLH).

“Sejumlah 30 Juta Liter Sehari air mentah bertujuan untuk dirawat di Loji Rawatan Air Tanjung Manis dan seterusnya dibekalkan kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

“Manakala baki 20 Juta Liter Sehari lagi air mentah adalah untuk memenuhi keperluan kawasan industri di Tanjung Manis.

“Pada masa ini, berdasarka­n kepada permintaan semasa, sistem bekalan air Tanjung Manis secara puratanya membekalka­n sebanyak 8 hingga 13 juta liter sehari air terawat kepada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk pengagihan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Bekalan Air Tanjung Manis yang di hadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Tanjung Manis, semalam.

Selain itu, beliau berkata, projek ini juga akan me

nambah baik sistem bekalan air di Pulau Bruit selepas siapnya projek “Proposed Water Supply to Pulau Bruit, Mukah Division”

yang dijangka siap pada suku kedua tahun ini.

Beliau menambah, antara komponen projek ini ialah pembinaan tangki aras tinggi di Semop, Saai, Penibong dan Penipah, pembinaan stesen pam penggalak Serdeng dan Saai serta pemasangan paip baharu di kawasan Serdeng, Semop, Saai dan sehingga ke Penibong dan Penipah.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa liputan bekalan air bahagian Mukah pada masa ini telah mencapai sekitar 83.6 peratus merangkumi lima daerah iaitu Mukah, Dalat, Matu, Daro dan Tanjung Manis serta tiga daerah kecil di bawahnya iaitu Balingian, Oya dan Igan.

“Bagi menangani masalah bekalan air dan juga memenuhi keperluan bekalan air jangka panjang di Bahagian Mukah, sejumlah RM1.84 bilion kos projek telah diluluskan untuk melaksana 45 buah projek di Bahagian Mukah, di mana 26 buah projek telah pun siap dan beroperasi manakala empat buah projek sedang dalam pelaksanaa­n dan 15 buah projek lagi dalam perancanga­n,” katanya.

Bagi keseluruha­n bekalan air di Sarawak pula, katanya, pada masa ini dianggarka­n telah mencapai 85.4 peratus.

Julaihi juga berkata, kementeria­nnya akan turut menumpukan perhatian terhadap program menaik taraf dan mengganti paip lama serta uzur.

Beliau mendedahka­n bahawa sepanjang 2,742 kilometer (km) saluran paip air lama serta uzur masih digunakan dalam sistem agihan bekalan air di seluruh Sarawak.

“Ini adalah antara punca utama yang menyebabka­n kadar Air Tidak Terhasil (NRW) yang tinggi iaitu secara purata sebanyak 43 peratus,” katanya.

Justeru, bagi menangani masalah ini, kementeria­nnya telah mencadangk­an pelaksanaa­n program menaik taraf dan mengganti saluran paip air lama dengan peruntukan RM1.085 bilion yang telah diluluskan Kerajaan Sarawak.

 ?? ?? Julaihi ketika menyampaik­an ucapannya pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Bekalan Air Tanjung Manis di sini, semalam.
Julaihi ketika menyampaik­an ucapannya pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Bekalan Air Tanjung Manis di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia