Utusan Borneo (Sarawak)

EU akan umum berita baik, kata Fadillah

Berhubung usaha jadikan industri komoditi negara lebih lestari terhadap alam sekitar

- Oleh Hamkar Sarbinee Timbalan Perdana Menteri

Itu saya katakan, memang kita mengharapk­an perkara tersebut dan kita menunggu perkhabara­n yang baik itu nanti.

KUCHING: Kesatuan Eropah (EU) akan mengumumka­n berita baik dalam masa terdekat mengenai usaha menjadikan industri berkaitan komoditi di negara ini lebih lestari terhadap alam sekitar.

Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, pengumuman itu dijangka dilakukan sebelum Jun tahun ini.

Menurutnya, sebelum ini beliau telah berjumpa dengan pihak EU berhubung pengiktira­fan skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) dan isu memastikan pekebun kecil tidak tersisih susulan pengenalan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

“Mereka (EU) telah mengambil maklum dan akan ada pengumuman dalam masa terdekat di mana kepimpinan peringkat EU akan datang lagi ke Malaysia.

“Mereka mengatakan bahawa wakil EU memberitah­u akan ada peluang yang baik antaranya pekebun kecil akan

Dato Sri Fadillah Yusof

terjaga, MSPO akan diiktiraf sebagai salah satu proses pengaudita­n untuk EUDR itu sendiri.

“Itu saya katakan, memang kita mengharapk­an perkara tersebut dan kita menunggu perkhabara­n yang baik itu nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menyempurn­akan

Majlis Penyerahan Geran Tahunan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya di Dewan Malaysia Jaya di sini, semalam.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air itu menambah, pelbagai kemudahan dapat dikecapi selepas MSPO diiktiraf.

“Sekiranya MSPO diiktiraf, setiap produk atau syarikat yang mengeluark­an produk berhubung kait kelapa sawit, koko dan kayu tidak lagi perlu melalui proses pengaudita­n.

“Ia bermakna sudah memadai dengan adanya MSPO,” jelasnya.

Sebelum itu, Fadillah telah menerima kunjungan dan menghadiri majlis makan tengah hari bersama delegasi EU di Damai Lagoon Resort di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau turut mendapat laporan berhubung hasil tindakan mereka dalam melihat potensi untuk pelaburan delegasi itu di Sarawak.

Terdahulu, Ahli Parlimen Petra Jaya itu menyerahka­n sejumlah RM255,000 geran kepada 83 JKKK bagi kawasan Parlimen P.194 Petra Jaya melibatkan tiga konstituen­si Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak iaitu Tupong, Satok dan Samariang.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Fadillah merakam kenangan bersama JKKK yang menerima geran tahunan selepas majlis berkenaan, semalam.
TERIMA KASIH: Fadillah merakam kenangan bersama JKKK yang menerima geran tahunan selepas majlis berkenaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia