Utusan Borneo (Sarawak)

MIPD pantau rapi, lawat tapak pastikan projek siap ikut jadual

-

Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (MIPD) akan terus memantau rapi serta mengadakan lawatan tapak berterusan ke atas kontraktor bagi memastikan mereka menyiapkan projek seperti dijadualka­n.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi peringatan berkenaan ketika meninjau kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan bagi projek menaik taraf Jalan Baru Matang Fasa 2.

Uggah yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan berkata, pemantauan dan lawatan rapi itu terutama bagi projek-projek yang sebelum ini sakit yang telah diserahkan kepada kontraktor baharu atau penyelamat.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 50 projek seumpama itu di negeri ini.

“Lawatan saya hari ini (semalam) menandakan permulaan pemantauan rapi ini. Projek Jalan Baru Matang

Fasa 2 ini dahulunya projek sakit dan kami telah melantik kontraktor baharu untuk meneruskan kerja-kerja yang selebihnya,” ujarnya.

Uggah menambah beliau sendiri, dua timbalan menterinya, Datuk Majang Renggi dan Dato Ir Aidel Lariwoo dan Pengarah JKR Dato Richard Tajan akan memantau dan melakukan lawatan tersebut.

“Kita akan berpecah supaya dapat meliputi lebih banyak kawasan. Harapan kita pada April ini kita akan dapat mengetahui perkembang­an kerja semua projek ini.

“Kami tidak mahu situasi di mana projek sakit diserahkan kepada kontraktor baharu tetapi kontraktor menjadi ‘sakit.’ Penglibata­n kita amat perlu sekiranya perlu melakukan beberapa kerja pembaikan,” tegas beliau.

Uggah juga mengingatk­an kontraktor bahawa mereka mesti mematuhi ketetapan JKR di mana mereka perlu memulakan kerja-kerja projek mereka selepas sebulan penyerahan tapak kepada mereka.

“Jika mereka gagal, jabatan akan memulakan notis penamatan. Ini adalah salah satu pilihan untuk kami memastikan projek infrastruk­tur kami akan disiapkan seperti yang dijadualka­n,” katanya.

Mengenai projek Jalan Baru Matang Fasa 2, beliau gembira dengan kemajuan projek terbabit.

Katanya projek bernilai RM54.5 juta itu dijangka siap menjelang Mei 2025.

“Ia adalah untuk pembinaan dan penyiapan baki kerja naik taraf. Daripada laluan dua lorong tunggal yang ada sekarang, ia akan diubah menjadi empat lorong dua laluan dengan panjang keseluruha­n kira-kira 4.44 kilometer.

“Kini 86 peratus lebih awal daripada jadual tetapi ada beberapa isu yang saya arahkan JKR dan Sarawak Energy Berhad untuk diselesaik­an segera,” katanya.

 ?? ?? TURUN PADANG: Uggah dan Richard (dua kiri) diberi taklimat oleh wakil kontraktor di tapak semasa lawatan tersebut.
TURUN PADANG: Uggah dan Richard (dua kiri) diberi taklimat oleh wakil kontraktor di tapak semasa lawatan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia