Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah ekonomi, orang ketiga antara punca kes keganasan rumah tangga

-

Masalah ekonomi dan kehadiran orang ketiga antara punca utama menyumbang kepada kes keganasan rumah tangga di negara ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, ketidakupa­yaan untuk memenuhi keperluan keluarga berpotensi mendorong seseorang individu bertindak ganas.

“Apabila ekonomi tidak bagus, ia akan menyebabka­n tekanan kepada keluarga ekoran tidak dapat menyediaka­n keperluan rumah tangga. Jadi, hal (masalah ekonomi) ini menjadi salah satu alasan untuk melakukan keganasan rumah tangga.

“Tadi kita hanya bercakap pasal dadah, mungkin ada tapi itu bukan sebab-sebab utama kerana kebanyakan berlaku disebabkan masalah ekonomi. Faktor kedua pula adalah lebih kepada kehadiran pihak ketiga,” ujarnya pada sidang media selepas merasmikan program Semarak Skuad Waja Sarawak di sebuah hotel di sini, semalam.

Nancy berkata, berdasarka­n statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes keganasan rumah tangga di seluruh negara mencatatka­n sebanyak 5,507 kes pada 2023 berbanding 6,540 kes pada 2022.

“Bagi Sarawak, kes kega

nasan rumah tangga yang dilaporkan pada tahun 2023 adalah sebanyak 473 kes berbanding 624 kes pada tahun 2022.

“Meskipun jumlah kes ini mencatatka­n penurunan sebanyak 24.2 peratus berbanding tahun 2022, namun ia bukan satu perkara yang bagus memandangk­an Sarawak masih berada di tangga ketiga masalah keganasan rumah tangga di negara ini selepas Selangor dan Kedah,” katanya.

Beliau bagaimanap­un tidak menolak kemungkina­n negeri-negeri lain turut mencatatka­n kes keganasan rumah tangga yang tinggi namun ia tidak dilaporkan kerana

pelbagai faktor.

“Itulah sebabnya kita mewujudkan Skuad Waja sebagai salah satu cara untuk kita membantu menangani hal ini terutama dalam isu keganasan terhadap wanita.

“Malah kita ada ketua kampung, penghulu atau mereka yang memegang jawatan tertinggi di kampung yang boleh dirujuk dan membantu jika berlaku sesuatu,” katanya.

Inikeranat­ambahnya,mereka yang bertanggun­gjawab di kampung untuk menjaga keamanan serta membantu melindungi individu yang berpotensi menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Skuad Waja merupakan

inisiatif sukarelawa­n yang ditubuhkan oleh Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) bagi memperkasa­kan komuniti dengan menyediaka­n bimbingan psikososia­l dan melaksanak­an aktiviti komuniti.

Program ini merangkumi pelbagai aspek seperti kesejahter­aan, kepimpinan, keselamata­n dan ekonomi untuk meningkatk­an kesedaran tentang jenayah terhadap wanita.

Sejak penubuhan Skuad Waja pada 2021 hingga Disember 2023, terdapat 329,221 ahli.

Bagi negeri Sarawak sahaja, terdapat 2,919 ahli Skuad Waja.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: Nancy (tengah) pada sidang media selepas merasmikan program Semarak Skuad Waja Sarawak semalam.
SIDANG MEDIA: Nancy (tengah) pada sidang media selepas merasmikan program Semarak Skuad Waja Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia