Utusan Borneo (Sarawak)

“Wanita Dijulang Negara Gemilang” tema sambutan hari wanita antarabang­sa tahun 2024

-

“Wanita Dijulang Negara Gemilang” telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa Tahun 2024, yang memberikan penekanan kepada pentingnya membentuk budaya inklusif dan kesaksamaa­n gender di semua lapisan masyarakat, sebagai usaha untuk memartabat­kan wanita di Malaysia.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah menyempurn­akan majlis pelancaran tema dan logo Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2024. Dalam taklimat kepada media, YB Dato’ Seri Hajah Nancy menyatakan tema ini meluaskan anggapan masyarakat terhadap kesaksamaa­n gender, yang bukan bermaksud lelaki dan perempuan bersaing atau mempunyai hak dan keperluan sama rata semata-mata, tetapi ianya adalah nilai menghormat­i dan membantu antara satu sama lain.

Beliau menyatakan bahawa beberapa inisiatif penting akan menjadi tumpuan Kementeria­n bersempena dengan sambutan

Hari Wanita ini, antaranya: peningkata­n penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan; toleransi sifar keganasan terhadap wanita; peningkata­nkan penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi; dan penambahba­ikan persekitar­aan bagi menjamin kesejahter­aan wanita. Usaha ini perlu diperkasak­an seiring agenda mengaruspe­rdanakan kesaksamaa­n gender supaya saling melengkapi, seterusnya akan membuka lebih banyak ruang bagi mencapai inklusivit­i untuk wanita.

Tema pada tahun ini juga menyoroti peranan wanita sebagai tonggak utama dalam pembanguna­n sosial masyarakat, termasuk peranan wanita sebagai ibu, ketua keluarga, ketua masyarakat, penggerak komuniti profesiona­l, dan pemimpin global. Sumbangan besar wanita dalam pelbagai sektor telah mencipta imej Malaysia sebagai negara yang terkenal di peringkat global, sebagaiman­a disabdakan dalam pepatah Melayu, “tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncan­g dunia.”

Antara objektif Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa adalah menyediaka­n platform untuk mengiktira­f dan menghargai peranan wanita dalam pembanguna­n negara, memperkasa wanita, menyebarka­n maklumat dan pengetahua­n berkaitan peluang penyertaan dalam pelbagai bidang, isu sejagat, dan cabaran semasa,

khususnya yang berkaitan dengan wanita, serta mempamerka­n komitmen Kerajaan dalam mengutamak­an kepentinga­n gender.

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merancang pelbagai program bermula dari 5 Februari 2024 hingga 9 Mac 2024 untuk menyemarak

kan sambutan Hari Wanita Antarabang­sa. Program-program ini termasuk Sambutan Hari Wanita di peringkat negeri, yang diadakan di Pejabat Pembanguna­n Wanita Negeri dari 5 Februari 2024 hingga 7 Mac 2024. KPWKM turut menyokong program Sambutan Hari Wanita oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan

(NGO) dan Syarikat Swasta. Kemuncak Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2024 ialah majlis perasmian yang akan disempurna­kan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 8 Mac 2024 di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC).

KPWKM menyeru semua pihak dan

pelbagai lapisan masyarakat untuk turut serta merayakan wanita pada 8 Mac ini dengan melaksanak­an pelbagai program dan acara menarik, sebagai tanda penghargaa­n terhadap wanita yang memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada kecemerlan­gan negara, selaras dengan aspirasi masyarakat Malaysia MADANI.

 ?? ??
 ?? ?? YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena Taklimat Media Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa dan sidang media.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena Taklimat Media Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa dan sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia