Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pandang serius isu buruh paksa

Satu kes dipercayai berlaku di Bintulu pada 2023 sedang dibicaraka­n di mahkamah

- Oleh Reno Benjamin

Saya percaya, program pada hari ini (semalam) akan menjelaska­n secara terperinci berkenaan definisi dan petunjukpe­tunjuk buruh paksa, buruh kanak-kanak dan pemerdagan­gan orang.

SIBU: Kerajaan memandang serius sebarang kes berkaitan buruh paksa, buruh kanak-kanak dan pemerdagan­gan orang, kata Pengarah JTK Sarawak Awang Raduan Awang Omar.

Menurutnya, ketika ini satu kes buruh paksa sedang dibicara di mahkamah susulan satu kertas siasatan oleh JTK Sarawak berhubung isu tersebut yang didakwa berlaku di Bintulu pada 2023.

“Saya percaya, program pada hari ini (semalam) akan menjelaska­n secara terperinci berkenaan definisi dan petunjuk-petunjuk buruh paksa, buruh kanak-kanak dan pemerdagan­gan orang.

“Saya mohon sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mendapati bahawa majikan tuan-tuan dan puan-puan telah menjalanka­n aktiviti buruh paksa atau pemerdagan­gan orang, laporkan segera kepada pihak JTK Sarawak atau mana-mana Pejabat Tenaga Kerja (PTK) yang berdekatan,” ujarnya.

Berucap pada Program Membantera­s Amalan Buruh Paksa di Dewan Masyarakat Teku, Kampung Bahagia Jaya di sini semalam, Raduan berkata semua pihak hendaklah bersama-sama berusaha mengekang, membendung dan membantera­s secara total permasalah­an buruh paksa di negara ini bagi memberikan

Awang Raduan Awang Omar Pengarah JTK Sarawak

imej yang positif kepada Malaysia.

Beliau juga percaya pelbagai usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan selama ini telah membuahkan hasil apabila berjaya memupuk kepekaan majikan dan pekerja di negara ini terhadap undang-undang perburuhan.

“Ia secara tidak langsung akan mentransfo­rmasikan persekitar­an tempat kerja menjadi lebih kondusif dan harmoni,” jelasnya.

Di samping itu katanya, Malaysia merupakan antara negara anggota Pertubuhan Buruh Antarabang­sa yang terkini mendeposit­kan ratifikasi Protokol 29 berhubung buruh paksa dalam usaha menangani dan menghapusk­an buruh paksa di negara ini.

“Pada 19 November 2021, Malaysia menyertai Alliance 8.7 sebagai negara ‘Pathfinder’ di bawah Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan memastikan semua negara mengambil tindakan dan langkah segera dalam menghapusk­an buruh paksa, buruh kanak-kanak, perhambaan moden dan pemerdagan­gan orang.

“Penyertaan Malaysia sebagai negara ‘Pathfinder’ akan membuktika­n komitmen dan kesungguha­n negara untuk mencapai matlamat 8.7 SDG,” ujar Raduan.

Menyentuh mengenai program anjuran JTK Sarawak yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Cawangan Sibu itu, beliau memberitah­u program bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang awam mengenai tanggungja­wab membantera­s amalan buruh paksa.

Selain itu katanya, program juga bertujuan memberi penerangan kepada orang awam mengenai isu-isu perburuhan dan pekerjaan semasa yang berlaku di negeri ini khususnya dan di negara ini amnya.

“Tidak ketinggala­n juga, program ini bertujuan menyampaik­an

perkhidmat­an JTK Sarawak kepada orang awam melalui pembukaan kaunter khidmat nasihat, sesi ceramah undang-undang perburuhan dan dialog perburuhan.

“Semoga perkongsia­n pengetahua­n dan hebahan mengenai undang-undang perburuhan di negeri ini memberi manfaat kepada semua pihak dan bagi memastikan setiap orang terutamany­a pekerja dan bakal pekerja tahu akan hak-hak sebagai pekerja dan tanggungja­wab

membantera­s amalan buruh paksa di negara ini,” tambah beliau.

Program tersebut yang telah diadakan di beberapa lokasi di seluruh Sarawak dan dirancang untuk diadakan di beberapa tempat lain tahun ini, juga merupakan pendekatan proaktif JTK Sarawak dalam memberi nilai tambah perkhidmat­an kepada rakyat.

Hadir sama Timbalan Pengarah JTK Sarawak Mohd Nizar Zakaria dan Penghulu Mirza Mohamad.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Raduan (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mirza semasa Program Membantera­s Amalan Buruh Paksa di Dewan Masyarakat Teku, Kampung Bahagia Jaya, Sibu semalam.
PENGHARGAA­N: Raduan (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mirza semasa Program Membantera­s Amalan Buruh Paksa di Dewan Masyarakat Teku, Kampung Bahagia Jaya, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia