Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan terperinci dijalankan untuk ketahui punca kebakaran, kata Pang

-

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming antara yang terawal menjenguk insiden kebakaran yang mengorban dua penyewa rumah berkembar dua tingkat di Fortune Park, Jalan Tanjung Batu di sini, semalam.

Dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.05 pagi semalam, seorang wanita warganegar­a Filipina dan seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut setelah terperangk­ap di tingkat atas kediaman pertama yang terbakar.

Menurut Pang, beliau akan memastikan siasatan terperinci akan dijalankan pasukan bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan bagi mengetahui punca sebenar insiden yang meragut nyawa itu.

“Saya berasa amat sedih dengan insiden yang berlaku dan menzahirka­n takziah kepada mangsa terlibat terutama

10 lagi penyewa yang terselamat dalam kebakaran,” ujarnya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak kebakaran tersebut, semalam.

Pang berkata, berdasarka­n siasatan awal kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas, namun belum dapat disahkan sementara menunggu siasatan serta laporan lengkap dikeluarka­n.

“Saya pada masa sama menasihatk­an orang awam agar sentiasa berhati-hati semasa menggunaka­n barangan elektrik terutama pada musim perayaan ini bagi mengelak berlakunya musibah kebakaran yang boleh mendatangk­an kecederaan atau kemalangan jiwa sebegini,” tegasnya.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n serta terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu yang menyalurka­n bantuan kilat kepada kesemua mangsa terjejas.

 ?? ?? PRIHATIN: Pang semasa mengadakan lawatan ke tapak kebakaran rumah berkembar dua tingkat yang mengorbank­an dua mangsa awal pagi semalam.
PRIHATIN: Pang semasa mengadakan lawatan ke tapak kebakaran rumah berkembar dua tingkat yang mengorbank­an dua mangsa awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia