Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu mampu muncul sebagai bandar raya bertaraf dunia

Rancangan Pembaharua­n Bandar Sibu untuk bina bandar raya baharu yang perlu perancanga­n, masa dan wang ringgit Sebab kita membina sebuah bandar raya, membangunk­an semula bandar Sibu menjadi sebuah bandar raya sudah pasti tidak boleh dibuat sekelip mata.

- Oleh Watt Zacchaeus Datuk Amar Dr Sim Kui Hian Timbalan Premier Sarawak

SIBU: Dengan pelan yang betul, Sibu mampu menjadi sebuah bandar raya bertaraf dunia, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata, Rancangan Pembaharua­n Bandar Sibu adalah untuk membina sebuah bandar raya baharu.

“Ramai orang tidak faham tentang rancangan ini. Ia bukan seperti membina taman, perumahan tetapi projek melibatkan 500 ekar tanah.

“Oleh itu, ia mengambil masa serta mempunyai banyak pelan dan perancanga­n termasuk wang ringgit yang diperuntuk­kan kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Tahun Baharu Cina Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud Universiti Teknologi Sarawak (UTS)

di sini, semalam.

Hadir sama ialah isterinya Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Timbalan Menteri Kesihatan

Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi MPS Clarence Ting, Timbalan Pengerusi MPS Mohammad Abdullah

Izkandar Roseley, Pemangku Setiausaha MPS Tony Wong dan pengerusi penganjur Kaunselor Kiing Teck Ho.

Dr Sim berkata, perancanga­n pembaharua­n bandar Sibu dibuat di kawasan asal dan bukannya di tapak baharu.

“Banyak rumah, bangunan komersial dan sebagainya diambil untuk tujuan ini. Perancanga­n ini adalah perkara besar yang memerlukan masa. Kalau orang cakap projek ini boleh mengambil masa tiga bulan, dia tipu.

“Sebab kita membina sebuah bandar raya, membangunk­an semula bandar Sibu menjadi sebuah bandar raya sudah pasti tidak boleh dibuat sekelip mata,” tegasnya.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan membayangk­an Sibu akan mempunyai rumah, pangsapuri dan bandar raya dikeliling­i terusan.

“Saya yang berasal dari Kuching sangat cemburu dengan Sibu. Inilah yang kita panggil membina negara bangsa untuk anak-anak, cucu-cucit di kemudian hari. Sebab ia bukan untuk hari ini, tetapi generasi kita pada masa akan datang,” ujarnya.

Dengan kepesatan rancangan projek itu, beliau berharap perunding tempatan dapat mengambil peluang untuk sama-sama memainkan peranan.

Walaupun rancangan projek itu menggunaka­n perunding antarabang­sa katanya, perunding tempatan boleh sama menyumbang dan merebut peluang itu untuk belajar.

“Kita boleh belajar daripada orang asing, bila kita sudah pandai kita pula boleh mengajar orang asing apabila sudah mempunyai pengalaman memperbaha­rui Sibu.

“Oleh itu, saya menggesa mereka yang berkepenti­ngan atau berkaitan supaya melabur untuk projek ini, jangan tengok saja, orang Sibu mesti ambil peluang ini untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa,” tambahnya.

 ?? ?? TANDA INGATAN: Dr Sim (tiga kanan) menerima menerima cenderamat­a daripada Kiing (tiga kiri) sambil disaksikan (dari kiri) Izkandar, Chieng, Tiang dan Ting pada Sambutan Tahun Baharu Cina MPS di Sibu, semalam.
TANDA INGATAN: Dr Sim (tiga kanan) menerima menerima cenderamat­a daripada Kiing (tiga kiri) sambil disaksikan (dari kiri) Izkandar, Chieng, Tiang dan Ting pada Sambutan Tahun Baharu Cina MPS di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia