Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pelanggan bawa pulang hadiah cabutan bertuah ulang tahun pertama GWM Malaysia

-

Tiga pelanggan bertuah Yu Lee Hong (YLH) Autoworld Sdn Bhd, iaitu rakan pengedar Great Wall Motor (GWM), semalam masing-masing membawa pulang hadiah lumayan cabutan bertuah sempena ulang tahun pertama GWM Malaysia.

Kempen berkenaan eksklusif untuk pemilik kenderaan elektrik Ora Good Cat keluaran GWM iaitu syarikat automatif terkemuka China, yang menyaksika­n pemenang pertama Hng Aik Meng membawa pulang hadiah berupa ganjaran tunai RM18,888.

Pemenang kedua cabutan bertuah Suhadi Sahari membawa pulang seunit telefon bimbit pintar 5G, Honor X9b sementara pemenang ketiga, Lawrence Ting membawa pulang baucar penginapan 3 Hari 2 Malam di LubarCamp.

Pengarah Eksekutif YLH Autoworld Hong Boon Pau berkata, kempen cabutan bertuah yang diadakan itu juga sempena ulang tahun pertama GWM bertapak di Malaysia.

Katanya, kempen itu juga untuk menghargai pelanggan-pelangan GWM Malaysia terutamany­a pemilik kenderaan Ora Good Cat.

“Hari ini (semalam) kita menjemput pelanggan kita khasnya pemilik kenderaan Ora Good Cat dan keluarga mereka selain kakitangan kita

sendiri sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina.

“Kita turut menyampaik­an

hadiah cabutan bertuah sempena ulang tahun pertama GWM Malaysia kepada tiga pelanggan bertuah kita yang menawarkan ganjaran tunai sehingga RM18,888, telefon bimbit serta baucar penginapan 3 Hari 2 Malam di LubarCamp,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina YLH Autoworld dan Penyampaia­n Hadiah Pemenang Cabutan Bertuah sempenaUla­ngTahunPer­tama GWM Malaysia yang dihadiri Pengarah Rangkaian dan Jualan GWM Malaysia Sdn Bhd Denny Liu di sini, semalam.

Menurut Hong, mereka berterima kasih kepada pelanggan yang menjadikan YLH, pengedar tunggal GWM di Sarawak, sebagai pilihan kepada mereka memiliki kenderaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Hong berharap ketibaan Tahun Naga tahun ini dapat memperkuku­hkan lagi perniagaan mereka bersama pelanggan.

“Acara yang kita adakan hari ini (semalam) juga adalah bertujuan menggalak dan memperkuku­hkan kerjasama bersama pelanggan kami termasuk kumpulan pertama pembelian Ora Good Cat daripada GWM Yu Lee Hong.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada pelanggan atas sokongan kepada syarikat kami,” katanya.

 ?? ?? RAIKAN: Hong (dua kiri) bersama Liu (tiga kanan) menunjukka­n tulisan kaligrafi sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina YLH di Kuching, semalam. Turut kelihatan pasukan pengurusan YLH Autoworld lain, Pengarah Eksekutif Hong Siew Hua (kiri), Pengurus Pengurusan Jualan Leon Zhang (dua kanan) dan Penyelaras Pengurusan Hong Sheng Chiao (kanan).
RAIKAN: Hong (dua kiri) bersama Liu (tiga kanan) menunjukka­n tulisan kaligrafi sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina YLH di Kuching, semalam. Turut kelihatan pasukan pengurusan YLH Autoworld lain, Pengarah Eksekutif Hong Siew Hua (kiri), Pengurus Pengurusan Jualan Leon Zhang (dua kanan) dan Penyelaras Pengurusan Hong Sheng Chiao (kanan).
 ?? ?? BERTUAH: Liu (dua kanan) dan Hong (dua kiri) menyampaik­an replika cek kepada pemenang pertama cabutan bertuah Hng (kiri).
BERTUAH: Liu (dua kanan) dan Hong (dua kiri) menyampaik­an replika cek kepada pemenang pertama cabutan bertuah Hng (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia