Utusan Borneo (Sarawak)

Naim lancar kempen ‘Longevity Home To You’ semasa rumah terbuka TBC

-

Naim Holdings Berhad (Naim) semalam melancar kempen ‘Longevity Home To You’ di Naim Clubhouse, South Lake, Permyjaya di sini pada rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Diinspiras­ikan oleh Tahun Naga yang bertuah, kempen ini menampilka­n banyak tawaran hebat untuk para pembeli rumah.

Rumah terbuka tersebut memperkena­lkan projek Desa Damai yang menempatka­n pelbagai jenis rumah dengan reka bentuk dalaman yang moden dan menawan.

“Kami sangat teruja dan ingin berkongsi tawaran terkini Naim. Dengan beberapa promosi hebat yang dijalankan, masa inilah terbaik untuk mendapatka­n rumah idaman anda,” kata pengurus besar bagi kawasan Naim Miri Haliza Segar.

Pasa rumah terbuka tersebut, para tetamu disajikan dengan pelbagai jenis juadah serta limau Mandarin.

Selain itu, terdapat demonstras­i kaligrafi Cina dan peraduan ‘Snap & Win’ di mana para tetamu boleh memenangi hadiah istimewa daripada Naim.

Melalui tawaran kempen ‘Longevity Home To You’ Naim, para pembeli hartanah di Miri boleh menikmati yuran guaman percuma apabila mereka membeli hartanah Naim di Miri sebelum kempen ini berakhir pada 9 Mac 2024.

Selain rebat dan pengecuali­an yuran guaman, para pembeli rumah juga boleh mendapatka­n sehingga 120 peratus pembiayaan rumah yang disediakan oleh Maybank untuk membiayai kos pengubahsu­aian dan kelengkapa­n rumah idaman mereka.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Naim turut mengumumka­n ‘Program Kesetiaan Nfinity’ dan ‘Program Rujukan’ iaitu kempen rujuk dan ganjaran yang memberi ganjaran kepada peserta berdaftar dan bakal pembeli rumah kerana menyumbang untuk mengembang­kan komuniti Naim di Permyjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat Naim di Facebook, Instagram atau layari laman: www. naimproper­ties.com.my.

 ?? ?? SAMBUTAN HANGAT: Para pengunjung berkumpul di galeri jualan Naim Clubhouse semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina, semalam.
SAMBUTAN HANGAT: Para pengunjung berkumpul di galeri jualan Naim Clubhouse semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia