Utusan Borneo (Sarawak)

MPS laksana RCS untuk tingkat penglibata­n komuniti dalam tadbir urus majlis tempatan

-

Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) telah melaksanak­an Resident Councillor­ship System (RCS) yang bertujuan untuk meningkatk­an penglibata­n dan penyertaan komuniti dalam tadbir urus majlis tempatan.

Pengerusin­ya Clarence Ting berkata, melalui sistem ini, penduduk berpeluang untuk bekerjasam­a secara langsung dengan majlis tempatan mengenai perkaraper­kara yang berkaitan dengan kawasan kejiranan.

“MPS pada tahun lalu sangat aktif dalam RCS untuk menganjurk­an program bersama masyarakat setempat misalnya seperti kempen memerangi rabies dan sebagainya.

“RCS ini juga memastikan suara mereka didengari dan kebimbanga­n mereka ditangani. Oleh itu, ahli MPS yang sudah dibahagika­n zon kawasan supaya sentiasa mendekati rakyat melalui sistem ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada Sambutan Tahun Baharu Cina Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud Universiti Teknologi Sarawak (UTS) semalam.

Majlis tersebut diserikan

dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Amar Enn Ong Siok Ean.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Timbalan Pengerusi MPS Mohammad Abdullah Izkandar Roseley,

Pemangku Setiausaha MPS Tony Wong dan pengerusi penganjur Kaunselor Kiing Teck Ho.

Ting juga berharap ahli MPS di zon kawasan masing-masing terus melaksanak­an RCS pada tahun ini dengan memperbany­akkan lagi aktiviti serta program bersama masyarakat.

Menurutnya lagi, RCS juga platform untuk ahli MPS memperkena­lkan diri masing-masing kepada komuniti setempat yang dibawah jagaan mereka.

Dalam perkembang­an lain, Ting berkata perbandara­n yang bersih bukan sahaja mencermink­an persekitar­an fizikal kita tetapi juga nilai kolektif diri sendiri.

“Marilah kita menjaga kebersihan dan keindahan bandar kita, memastikan generasi akan datang mewarisi persekitar­an yang mampan dan berkembang maju.

“Melalui usaha bersepadu dalam pengurusan sisa dan pemulihara­an alam sekitar, kita dapat mengekalka­n keindahan alam semula jadi Sibu untuk tahun-tahun akan datang,” tegasnya.

Beliau berkata, MPS komited untuk mencapai Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dilaksanak­an oleh kerajaan Sarawak.

Dengan menyelaras­kan inisiatif dengan objektif global ini tambahnya, MPS berusaha untuk menggalakk­an pembanguna­n mampan dan meningkatk­an kualiti hidup semua penduduk dalam usaha ke arah mencipta Sibu yang lebih hijau, sihat dan lebih berdaya tahan untuk generasi akan datang.

 ?? ?? DARIPADA KAMI: Ting (kanan) dan Izkandar (kiri) menyaksika­n Kiing (dua kiri) menyampaik­an tanda penghargaa­n kepada penaja yang menyumbang kepada program Sambutan Tahun Baharu Cina MPS di Sibu, semalam.
DARIPADA KAMI: Ting (kanan) dan Izkandar (kiri) menyaksika­n Kiing (dua kiri) menyampaik­an tanda penghargaa­n kepada penaja yang menyumbang kepada program Sambutan Tahun Baharu Cina MPS di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia