Utusan Borneo (Sarawak)

Greater AZAM Sarawak cadang beri insentif kepada ahli aktif

-

Greater Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak bercadang untuk memberi insentif kepada ahlinya yang aktif menyumbang kepada organisasi.

Pengerusi Institut Pembanguna­n Sarawak (SDI) Datuk Amar Jaul Samion berkata, perkara itu akan dilaksanak­an tahun ini sebagai sebahagian daripada pelan transforma­si organisasi tersebut.

“Kami memahami isu dan cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua organisasi berkenaan dan ahlinya.

“Oleh itu kami mencadangk­an untuk memberi insentif kepada ahli aktif yang mampu menyumbang serta yakin bahawa penyertaan aktif dan sokongan anda akan dihargai dan diberi ganjaran,” katanya ketika berucap merasmikan Perjumpaan Tahun Baharu Cina Greater AZAM Sarawak 2024 di sebuah hotel di sini, semalam.

Jaul berkata, beliau percaya inisiatif itu turut membuka lebih banyak peluang kepada ahli baharu untuk menyertai organisasi terbait pada masa hadapan.

“Jadi, sempena dengan Tahun Naga ini, muhasabah dan hidupkan kembali ikatan kekeluarga­an AZAM,” tambah beliau.

Beliau berharap tahun ini dipenuhi dengan keyakinan yang baik, menangkis cabaran dan dipenuhi kebijaksan­aan yang tidak berbelah bagi seluruh kumpulan AZAM.

“Semoga tahun ini juga menawarkan kepada kita aktiviti-aktiviti untuk mencapai banyak kejayaan dalam perjalanan transforma­si kita,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi

AZAM Sarawak Datu William Patrick Nyigor berkata Greater AZAM bukan sekadar gabungan pelbagai organisasi, malah komuniti yang menghimpun­kan pelbagai bakat dan kepakaran untuk mencapai matlamat bersama.

“Kekuatan komuniti ini terletak pada perpaduan dan kerjasama ahlinya.

“Dalam keluarga AZAM yang agak kecil, kami bertuah kerana mempunyai kakitangan Cina, Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu.

“Oleh yang demikian, kami amat berbangga dan berbesar hati kerana dapat meraikan bersama-sama perayaan kebudayaan utama, seperti perhimpuna­n Tahun Baru Cina ini,” katanya.

Turut hadir ialah pengerusi penganjur dan Pengerusi Jawatankua­sa Ahli Lembaga AZAM Charles Siaw.

 ?? ?? SAMPAIKAN: Patrick (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jaul (dua kanan) pada Perjumpaan Tahun Baharu Cina Greater AZAM Sarawak 2024 semalam.
SAMPAIKAN: Patrick (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Jaul (dua kanan) pada Perjumpaan Tahun Baharu Cina Greater AZAM Sarawak 2024 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia