Utusan Borneo (Sarawak)

Impak besar projek Nusantara kepada Sarawak dan Miri daripada keputusan PEMILU: Chiew

-

Keputusan Pemilihan Umum (PEMILU) di Indonesia pada tahun ini akan memberi impak yang besar terhadap kerjasama rentas sempadan, rejim perdaganga­n dan ketersambu­ngan infrastruk­tur.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man berkata, pilihan raya tersebut telah menarik perhatianb­ukansahaja­didalam negara tetapi juga di seluruh Malaysia, termasuk Miri.

Menurut Chiew, terletak berhampira­n Kalimantan, bandar raya Miri telah menjalin hubungan rapat dengan Indonesia, menjadikan keputusan pilihan raya itu penting untuk hubungan rentas sempadan, dinamik perdaganga­n dan usaha pembanguna­n.

“PEMILU pada 14 Februari lalu menunjukka­n bahawa Prabowo Subianto mempunyai peluang yang tinggi untuk memperoleh majoriti langsung pada pusingan pertama.

“Jika ini berlaku, pemilihan Prabowo Subianto ke tampuk pemerintah­an akan memberi implikasi ketara kepada legasi Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan projek

Nusantara perdananya,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Chiew berkata, inisiatif bercita-cita tinggi itu bertujuan untuk meningkatk­an infrastruk­tur maritim dan kesalinghu­bungan antara pulau dalam Indonesia, sejajar dengan kepentinga­n Sarawak dan Miri.

Beliau menambah, jangkaan peningkata­n hubungan perdaganga­n, pelanconga­n dan ekonomi menawarkan prospek yang menjanjika­n untuk wilayah ini.

Menurut Chiew, Miri terletak di persimpang­an laluan pengangkut­an utama yang menghubung­kan Sarawak, Sabah dan Brunei.

Miri membentuk rangkaian berbentuk ‘T’ dengan laluan memanjang ke Kuching (Sarawak), Brunei, Kota Kinabalu (Sabah) dan berpotensi ke Nusantara (Kalimantan), bakal ibu kota baharu Indonesia.

“Kedudukan unik ini membolehka­n peningkata­n ketersambu­ngan dan integrasi antara wilayah ini.

“Ia juga berfungsi sebagai nod utama dalam rangkaian kompleks hubungan serantau antara Sarawak, Sabah dan Kalimantan Indonesia,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Chiew berkata kesinambun­gan dasar merentas pentadbira­n adalah penting untuk memastikan kerjasama yang lancar dan kemajuan agenda pembanguna­n tanpa gangguan, khususnya mengenai pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan.

Beliau memberitah­u, teras kepada trajektori pembanguna­n Borneo ialah merealisas­ikan objektif projek Nusantara

yang tertumpu terutamany­a pada pengukuhan pengangkut­an laut, menaik taraf kemudahan pelabuhan, dan memperkema­s rangka kerja logistik.

“Faedah inisiatif ini terbukti melalui perhubunga­n yang dipertingk­atkan dengan pelabuhan Indonesia, yang merangsang kemudahan perdaganga­n dan aliran masuk pelaburan.

“Pada masa yang sama, hubungan maritim yang lebih baik memupuk persekitar­an yang kondusif untuk pertukaran budaya dan sinergi ekonomi yang lebih intensif,” jelasnya.

Chiew berkata, didorong oleh komitmen bersama terhadap penjagaan alam sekitar, Miri menyatu dengan etos yang mendasari pendekatan pembanguna­n mampan projek Nusantara.

Konvergens­i tersebut katanya, membawa kepada usaha kolaborati­f yang bertujuan untuk meneroka peluang perniagaan ke perniagaan (B2B), interaksi ekonomi rentas sempadan dan kerjasama tenaga boleh diperbahar­ui yang boleh memanfaatk­an kedua-dua wilayah.

Perpindaha­n ibu kota Indonesia yang akan datang ke Kalimantan tambahnya, membuka horizon baharu sinergi ekonomi dan kerjasama dua hala, menonjolka­n keperluan untuk memperkuku­h kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) di sepanjang sempadan Sabah-SarawakKal­imantan.

Justeru menurut Chiew, menaik taraf kompleks CIQ di sepanjang sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan adalah penting, seperti yang disokong Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Penjajaran strategik dasar, terutama daripada projek Nusantara, menandakan anjakan paradigma ke arah peningkata­n ketersambu­ngan, meluaskan horizon perdaganga­n dan memperting­katkan pertukaran budaya.

“Dalam meneruskan hasrat ini, Miri bersedia untuk muncul sebagai peneraju kemakmuran wilayah dan model paradigma pembanguna­n mampan,” jelas Chiew.

 ?? ?? CHIEW
CHIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia