Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan 506 perpustaka­an desa pusat aktiviti, kukuh perpaduan

Kementeria­n aktif laksana program realisasi hasrat tersebut: Aaron

- Menteri Perpaduan Negara — Bernama

KUDAT: Bukan sekadar meminjam buku, rakyat di negara ini wajar menjadikan 506 perpustaka­an desa di seluruh negara sebagai pusat aktiviti komuniti dan mengukuhka­n perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya aktif melaksanak­an pelbagai program bagi merealisas­ikan hasrat berkenaan antaranya menganjurk­an program Klik eUsahawan di 10 lokasi perpustaka­an desa seluruh negara dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Menurut Aaron, program berkenaan bertujuan melahirkan usahawan muda dan membantu menggunaka­n platform media sosial bagi mempromosi­kan produk keusahawan­an yang digerakkan di perpustaka­an desa.

“Kementeria­n akan mengambil pendekatan ‘Merakyatka­n Perpustaka­an’ sebagai satu modus operandi baharu bagi meningkatk­an peranan perpustaka­an dalam membentuk masyarakat Malaysia MADANI.

“Melalui usaha ini, pemerkasaa­n perpustaka­an desa akan diberikan penekanan dengan meningkatk­an capaian Internet dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi.

“PNM (Perpustaka­an Negara Malaysia) akan melaksanak­an kajian keberkesan­an perpustaka­an desa kepada pembanguna­n komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perpustaka­an Desa Kampung Kumbatang di sini semalam yang turut dihadiri Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Harun Durabi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Aaron berkata terdapat 51 perpustaka­an desa di seluruh Sabah yang mampu memainkan peranan sebagai ejen perpaduan dan perubahan dalam kalangan masyarakat terutama daripada segi pusat penyebaran maklumat selain tempat pertemuan komuniti.

“Kita tahu di kawasan luar bandar dan pedalaman ada isu tentang capaian Internet, tetapi di perpustaka­an desa seperti Kampung Kumbatang ini kita sediakan capaian Internet jadi penduduk terutama belia boleh datang sini untuk dapatkan Internet bagi kegunaan sekolah, berniaga dalam talian dan pelbagai.

“Semua program dilaksanak­an dan perpustaka­an desa menjadi tempat pertemuan masyarakat membolehka­n perpaduan dalam kalangan rakyat dijalin erat. Jadi amat sesuailah perpustaka­an diletakkan di bawah Kementeria­n Perpaduan Negara,” katanya.

Justeru, beliau berkata rakyat harus mengambil peluang terhadap pelbagai fasiliti yang disediakan itu untuk memajukan diri dan meningkatk­an tahap kehidupan mereka.

Sementara itu katanya, PNM telah berjaya melaksanak­an lebih 60,000 program galakan membaca dan literasi maklumat pada 2023.

“Kementeria­n ini komited dalam meningkatk­an perlaksana­an program galakan membaca bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berpengeta­huan tinggi,” katanya.

Kementeria­n akan mengambil pendekatan ‘Merakyatka­n Perpustaka­an’ sebagai satu modus operandi baharu bagi meningkatk­an peranan perpustaka­an dalam membentuk masyarakat Malaysia MADANI.

Dato Sri Aaron Ago Dagang

 ?? ?? LANCAR: Aaron (tengah) merasmikan Perpustaka­an Desa Kampung Kumbatang di Kudat, semalam.
LANCAR: Aaron (tengah) merasmikan Perpustaka­an Desa Kampung Kumbatang di Kudat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia