Utusan Borneo (Sarawak)

Nahas kereta ragut nyawa suami isteri, anak cedera parah

Rempuh penghadang jalan, terbabas dan terjatuh ke dalam parit

- Oleh Kepu Sidi DSP Benedict Faris Jimoy

SARIKEI: Sepasang suami isteri maut di lokasi kejadian, manakala anak lelaki mereka cedera parah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 430 Jalan Betong-SarikeiMer­adong, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Benedict Faris Jimoy berkata, dalam kemalangan yang dipercayai berlaku sekitar jam 1.40 petang, mangsa yang maut iaitu pasangan suami isteri dikenali sebagai Chai Chit San, 63, (pemandu) dan Yong Kui Fah, 55, (penumpang hadapan).

“Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari Bintulu menuju ke Kuching.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai melanggar penghadang jalan di sebelah kanan.

“Impak rempuhan dipercayai menyebabka­n kereta mangsa terbabas ke sebelah

Pemandu dan penumpang hadapan kereta yang juga merupakan suami isteri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sarikei.

kiri jalan lalu terjatuh ke dalam parit.

“Pemandu dan penumpang hadapan kereta yang juga merupakan suami isteri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sarikei,” kata Benedict kepada media, kelmarin.

Tambahnya, anak mangsa (penumpang belakang) cedera

parah telah dibawa dengan menggunaka­n ambulans ke Hospital Sarikei bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Menurut Benedict, kes telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Kedua-dua mayat mangsa turut dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutny­a,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Balai

Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin yang turut dihubungi media memberitah­u, ketiga-ketiga mangsa tersepit di dalam kereta terbabit.

“Pihak bomba menggunaka­n kaedah teknik ‘roof remover’ untuk mengeluark­an kesemua mangsa dan usaha tersebut mengambil masa hampir satu jam,” ujar Mahmudin.

 ?? ?? GEGAS: Anggota bomba berusaha mengeluark­an mangsa kemalangan kereta di KM430 Jalan Betong-Sarikei-Meradong, kelmarin.
GEGAS: Anggota bomba berusaha mengeluark­an mangsa kemalangan kereta di KM430 Jalan Betong-Sarikei-Meradong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia