Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki rugi RM18,900 akibat ditipu individu menyamar sebagai rakan

-

Seorang lelaki tempatan berusia 20-an mengalami kerugian berjumlah RM18,900 gara-gara ditipu individu yang menyamar sebagai rakannya untuk meminjam wang.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa yang merupakan seorang pekerja swasta kelmarin.

“Mangsa pada mulanya dihubungi oleh individu iaitu suspek yang memperkena­lkan dirinya sebagai rakan dan memberikan alasan nombor lamanya tidak lagi digunakan.

“Suspek telah meminjam wang dengan alasan hendak mengubah suai rumah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau menjelaska­n, mangsa telah membuat pindahan

wang sebanyak empat kali ke dalam dua akaun berbeza yang diberikan suspek.

“Mangsa hanya sedar telah tertipu selepas menghubung­i rakan sebenarnya menggunaka­n nombor asal yang menafikan perkara itu.

“Kejadian terbabit mengakibat­kan mangsa mengalami kerugian berjumlah RM18,900,” ujarnya.

Alexson berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Alexson menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mendedah atau memberikan sebarang butiran kewangan kepada mana-mana pemanggil yang tidak dikenali.

“Berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjagajag­a apabila berurusan melalui atas talian khasnya jika pemanggil mendakwa sebagai rakan, kenalan, pihak penghantar­an, pihak penguatkua­sa undang-undang mahupun pihak mahkamah.

“Orang ramai juga digalakkan untuk menghubung­i Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika merupakan mangsa penipuan siber seperti ‘phone scam,’ ‘love scam,’ e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya, sekiranya baru sahaja membuat transaksi pindahan wang ke manamana akaun keldai atau sindiket penipuan.

“Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammer CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp. gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi kewangan,” nasihatnya.

Layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cyber Crime Alert Royal Malaysia Polis dan JSJK Sarawak untuk mendapatka­n maklumat modus operandi terkini penipuan.

 ?? ?? ALEXSON
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia