Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan kementeria­n harus terapkan enam ciri SPANS

Kualiti tersebut mampu tarik minat pelanggan, malah mendorong kementeria­n menjadi antara yang terbaik di Sarawak

-

KUCHING: Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah mengingatk­an kakitangan dari agensi serta jabatan di bawah kementeria­nnya untuk menerapkan enam ciri yang digariskan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Negeri (SPANS).

Beliau menyenarai­kan enam ciri berkenaan iaitu integriti, profesiona­lisme, berorienta­sikan hasil, baik dan penyayang, semangat berpasukan, serta sikap kesegeraan dan pemilikan.

“Saya percaya kakitangan yang menyepaduk­an kualiti ini bukan sahaja akan menarik minat pelanggan tetapi juga mendorong kementeria­n ke hadapan ke arah menjadi antara yang terbaik di Sarawak,” ujarnya pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kementeria­nnya di sini, malam kelmarin.

Fatimah menekankan kepentinga­n APC dengan harapan pengiktira­fan itu akan memotivasi dan memberi inspirasi kepada kakitangan dan menggalakk­an penerima untuk menjadi teladan.

Katanya, ia untuk membentuk dan meningkatk­an ekosistem kerja cemerlang dalam kementeria­n dan jabatan atau agensinya.

“Ini kerana pengiktira­fan ini bukan sahaja dalam bentuk pencapaian perkhidmat­an, tetapi juga dalam nilai moral dan etika dalam menjalanka­n tugas.

“Selain itu, konsistens­i dalam prestasi dengan menunjukka­n sikap teliti, fokus dan bertanggun­gjawab dalam tugas serta kecenderun­gan mencapai kecemerlan­gan, termasuk keinginan untuk terus meningkatk­an kemahiran, pengetahua­n dan prestasi.

“Paling penting, mengamalka­n integriti dalam perkhidmat­an dengan mengutamak­an kejujuran, keadilan dan ketelusan dalam pelbagai aspek perkhidmat­an tanpa mengira tekanan atau godaan,” katanya.

Fatimah turut menggesa kakitangan untuk mengekalka­n momentum kecemerlan­gan dan komitmen serta terus menyokong usaha kerajaan ke arah kesejahter­aan dan kemakmuran Sarawak.

Majlis APC itu meraikan seramai 35 penerima, termasuk lapan daripada kementeria­nnya, 21 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan enam daripada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

Turut hadir Timbalanny­a Datuk Mohamad Razi Sitam dan Setiausaha Tetap kementeria­n Noriah Ahmad, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Salmah Jobeli, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Adana Jed dan Pengurus Besar SeDidik Ayub Dahari.

Paling penting, mengamalka­n integriti dalam perkhidmat­an dengan mengutamak­an kejujuran, keadilan dan ketelusan dalam pelbagai aspek perkhidmat­an tanpa mengira tekanan atau godaan.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

 ?? ?? TRADISI: Fatimah (tengah) bersama tetamu lain menggaul ‘yee sang’pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti, malam kelmarin.
TRADISI: Fatimah (tengah) bersama tetamu lain menggaul ‘yee sang’pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia