Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha Yayasan Petronas kongsi keceriaan musim perayaan harus menjadi inspirasi

-

Usaha Yayasan Petronas menyampaik­an sumbangan dan berkongsi keceriaan bersama masyarakat setiap kali tiba musim perayaan utama boleh dijadikan inspirasi semua pihak.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, ia juga turut menjadi pendorong untuk kita terus melangkah ke arah masyarakat yang penyayang dan inklusif.

Katanya, sumbangan Yayasan Petronas yang dibuat secara konsisten sejak sekian lama ini, menunjukka­n komitmen yang teguh syarikat itu terhadap tanggungja­wab sosial.

“Sumbangan itu tentunya sesuatu yang bermakna, khususnya untuk kita sama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina ini.

“Ia dilihat dapat menyebarka­n keceriaan sempena musim perayaan terutamany­a kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata demikian ketika hadir dalam program Program Memacu

Kehidupan: Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Yayasan Petronas, di sini kelmarin.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am (JPKA) Sabah yang membantu mengendali­kan penyerahan sumbangan berkenaan kepada penerima.

Christina berkata, pihaknya yakin Yayasan Petronas akan terus komited dalam melaksanak­an program impak sosialnya di Sabah.

“Diharapkan sumbangan berkenaan dapat membawa keceriaan kepada penerima

lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini.

“Marilah kita terus meraikan suasana harmoni, tidak hanya semasa Tahun Baharu Cina, tetapi semasa perayaan-perayaan yang lain juga, sepanjang tahun dan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pejabat Wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab berkata, Tahun Baharu Cina adalah masa untuk kita meraikan perpaduan dan harapan.

Katanya, melalui program Memacu Kehidupan, Yayasan Petronas berkongsi keceriaan dengan masyarakat, memupuk hubungan baik dan membawa perubahan yang bermakna dalam komuniti.

“Ia dilaksanak­an setiap tahun sempena perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas.

“Program Memacu Kehidupan merupakan sebahagian daripada strategi kesejahter­aan dan pembanguna­n komuniti Yayasan PETRONAS,” katanya.

Siti Ayu berkata, Yayasan Petronas melaksanak­an pelbagai program kemasyarak­atan yang berpaksika­n tiga tonggak iaitu pendidikan, pembanguna­n dan kesejahter­aan masyarakat serta alam sekitar.

“Ini menunjukka­n kesungguha­n yayasan itu dalam memberi impak positif terhadap kehidupan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 2,100 keluarga di seluruh negara termasuk 100 di Kota Kinabalu dan 50 di Labuan telah dikenal pasti sebagai penerima bagi program itu sempena Tahun Baharu Cina 2024.

 ?? ?? SUMBANGAN: Christina (dua kanan) dan Siti Ayu (kanan) ketika menyampaik­an sumbangan berkenaan kepada salah seorang penerima.
SUMBANGAN: Christina (dua kanan) dan Siti Ayu (kanan) ketika menyampaik­an sumbangan berkenaan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia