Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi di bawah kementeria­n siap siaga sepenuhnya hadapi banjir, kata Fatimah

-

Agensi berkaitan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti bersama Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kini berada kesiapsiag­aan sepenuhnya dalam menghadapi sebarang kemungkina­n bencana banjir.

Menterinya­DatoSriFat­imah Abdullah berkata, tindakan proaktif telah ditekankan seperti yang dilakukan kementeria­n dan agensi berkenaan semasa menghadapi bencana seumpama itu.

“Tahun lalu, yang menjangkak­an musim tengkujuh akan berlanjuta­n hingga 2024, persiapan menyeluruh dibuat dengan kerjasama JPBNS dan agensi berkaitan.

“Persediaan termasuk mengenal pasti lokasi pusat pemindahan banjir, menyimpan peralatan dan bekalan

penting dan pengaturan dengan penyedia untuk menyediaka­n makanan.

“Apabila banjir berlaku, tindakan pantas akan diambil untuk mengaktifk­an pusat pemindahan bagi menempatka­n keluarga terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kementeria­nnya di sini, malam kelmarin.

Fatimah turut menasihatk­an penduduk khususnya di kawasan banjir supaya sentiasa berwaspada dan bersiap sedia.

“Simpan dokumen pengenalan diri dan barangbara­ng penting sedia sekiranya pemindahan diperlukan.

“Adalah penting untuk mengutamak­an keselamata­n semua individu, termasuk mereka yang berkeperlu­an khas, semasa kecemasan seperti itu,” katanya.

Menjawab pertanyaan berhubung pampasan bagi kerugian berkaitan banjir, Fatimah menjelaska­n walaupun kementeria­nnya tidak memberikan pampasan kewangan, bantuan ditawarkan kepada individu terjejas khususnya dari segi harta dan mata pencarian mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Beliau juga menekankan usaha kerjasama antara agensi dan jabatan di bawah JPBNS yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menekankan kepentinga­n untuk mengadakan mesyuarat bagi menilai kesediaan dan memastikan peruntukan sumber dan tanggungja­wab yang jelas.

“Dalam mesyuarat ini, setiap agensi atau jabatan menyediaka­n laporan yang memperinci­kan kesediaan mereka dan keperluan yang diperlukan bagi memastikan tindak balas yang diselarask­an semasa kecemasan.

“Kami bekerja sebagai satu pasukan dengan setiap entiti saling melengkapi peranan masing-masing,” tambahnya.

 ?? ?? SIAP SIAGA: Fatimah ketika ditemui pemberita selepas majlis APC kementeria­nnya, malam kelmarin.
SIAP SIAGA: Fatimah ketika ditemui pemberita selepas majlis APC kementeria­nnya, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia