Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor pelanconga­n di Sabah perlu diberi perhatian sewajarnya

-

Sektor pelanconga­n di Sabah perlu diberikan perhatian dan penekanan kerana ia dapat menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara ketika ini.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Sabah sangat terkenal dengan aktiviti pelanconga­n sehingga menerima kemasukan ramai pelancong asing dari luar negara.

Katanya, peningkata­n pelancong asing masuk ke Sabah dapat dilihat di kawasan-kawasan berpotensi seperti Kota Kinabalu dan Semporna.

“Saya difahamkan hotel-hotel lima bintang di Kota Kinabalu telah banyak ditempah oleh pelancong asing terutamany­a dari China dan Korea.

“Manakala di Semporna pula, kita dapati hampir 3,000 orang pelancong asing setiap hari masuk untuk menikmati percutian di pulau-pulau yang ada di sini,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan (WARISAN) berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina, di sini kelmarin.

Menurutnya, pemain pelanconga­n di daerah-daerah yang berpotensi pula perlu dibantu oleh pihak kerajaan supaya mereka dapat meningkatk­an kualiti dan produktivi­ti sedia ada.

“Hasil daripada sektor pelanconga­n yang berbilion ringgit itu juga perlu dipulangka­n kepada daerah-daerah yang memberi sumbangan besar kepada sektor pelanconga­n untuk membina prasaranan­ya.

“Bantuan seperti geran khas dan pinjaman perlu diberikan kepada pemain sektor pelanconga­n supaya dapat memberi galakan kepada mereka untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pelancong,” katanya.

Sementara itu, Shafie berkata, sambutan perayaan Tahun Baharu Cina ini dilihat dapat mengeratka­n silaturahi­m antara masyarakat Cina khususnya di Semporna.

Katanya, walaupun perayaan ini khusus untuk masyarakat Cina, namun ia perlu diterima baik oleh semua kaum di Malaysia.

“Kita harus menanamkan dalam diri masing-masing rasa hormat dan menghargai kepelbagai­an kaum yang ada di negara ini.

“Justeru, saya berharap kerjasama dan hubungan rapat dalam kalangan masyarakat di negara ini sentiasa terjalin supaya keharmonia­n kekal terjaga,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia