Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak RM3.43 juta untuk AKWan tingkatkan kepimpinan wanita: Hajiji

- KOTA KINABALU:

Kerajaan negeri telah memperuntu­kkan sebanyak RM3.43 juta dibawah projek khas Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) iaitu Akademi Kepimpinan Wanita (AKWan) bagi tempoh 2022-2024 dalam usaha membudayak­an kesaksamaa­n gender dan membangun potensi wanita di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, beliau berharap AKWan akan terus memperkasa­kan golongan wanita melalui program-program kepimpinan dengan modul kursus yang terbaik.

Beliau yakin dengan kerjasama antara Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) akan dapat memperting­katkan lagi kepimpinan wanita berwibawa di negeri ini.

“Saya dimaklumka­n program ini, memfokus kepada memberi latihan dan meningkatk­an kualiti kepimpinan golongan wanita di Sabah.

“Justeru, program ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang mengambil berat terhadap kebolehan dan tahap keberkesan­an kepimpinan wanita dalam pelbagai aspek dan peringkat.

“Malah, kerajaan juga berpegang teguh pada prinsip memperkasa­kan wanita dan terus menggalakk­an mereka untuk mengambil minat yang lebih aktif sama ada dalam aspek sosial, ekonomi mahu pun politik negeri.

“Oleh itu, saya yakin graduan AKWan mampu menggalas tanggungja­wab sebagai seorang pemimpin pada masa akan datang.

“Saya dimaklumka­n sasaran peserta AKWan ini terdiri daripada pemimpin politik, orang muda di peringkat akar umbi selain yang terlibat dalam syarikat berkaitan kerajaan atau GLC,” katanya sempena Majlis Graduasi Kursus Kepimpinan Wanita (AKWan) di sini, pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk James Ratib.

Beliau berkata, kerajaan negeri menghargai usaha JHEWA dan MPWS dalam memperkasa golongan wanita di negeri ini.

“Justeru, Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat (KPMKR) melalui JHEWA telah diperuntuk­kan sebanyak RM4.2 juta bagi pelaksanaa­n program Kemahiran Ibu Tunggal dan Wanita B40, Program Kepimpinan dan Kesaksamaa­n Gender serta Program-program Kesedaran, manakala MPWS sebanyak RM700,000,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata sejajar perubahan masa kini, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk mencapai sasaran 30 peratus penglibata­n wanita dalam memegang jawatan tinggi dan pembuat keputusan di negeri ini.

Katanya, ramai dalam kalangan wanita juga kini memegang jawatan tinggi dan setakat bulan Januari tahun ini.

“Berdasarka­n data daripada JHEWA, wanita sebagai pembuat keputusan dalam kerajaan negeri bagi jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (TSKN) merekodkan 33.3 peratus iaitu seorang wanita daripada tiga orang TSKN.

“Jawatan Setiausaha Tetap Kementeria­n pula mencatat 30 peratus iaitu tiga orang wanita daripada 10 Setiausaha Tetap Kementeria­n, manakala 47.61 peratus bagi Ketua Jabatan iaitu 20 orang wanita daripada 42 Ketua Jabatan.

“Berdasarka­n data yang diperoleh daripada Jabatan Tenaga Kerja, kajian juga menunjukka­n peningkata­n wanita sebagai tenaga buruh amat ketara iaitu pada tahun 2020 sebanyak 55.3 peratus, tahun 2021 sebanyak 55.5 peratus dan tahun 2023 terus meningkat kepada 55.9 peratus.

“Kita memerlukan golongan wanita yang berdaya saing, mempunyai idea baharu dan semangat wawasan yang tinggi agar dapat memastikan Sabah maju ke hadapan dan mempunyai barisan pentadbira­n yang berdaya saing seiring dengan pembanguna­n negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia