Utusan Borneo (Sarawak)

Minat haiwan, ahli perniagaan tekad buka zoo

-

BERMULA dengan hobi memelihara binatang, seorang ahli perniagaan melangkah lebih jauh apabila memutuskan untuk membuka zoo yang dibuka kepada orang awam di Kampung Dusun, Hulu Terengganu, di Kuala Berang.

Pemilik Rimba Razia Petting Zoo Datuk Seri Zakaria Abdul Razak berkata pada awalnya beliau hanya memelihara beberapa spesies binatang seperti burung unta kerana minat selain dijadikan akiviti mengisi waktu senggang.

Bagaimanap­un, lama-kelamaan bilangan haiwan yang dibelanya semakin banyak menyebabka­n beliau terpaksa menanggung kos agak tinggi untuk makanan dan kerjakerja pembersiha­n haiwan peliharaan­nya itu.

“Bela binatang ini satu terapi buat saya. Bermula dengan hanya dua tiga spesies, ia bertambah dari semasa ke semasa dan kos pemelihara­annya juga meningkat.

“Dari situ saya dapat ilham untuk buka sebuah zoo dan beri peluang kepada orang ramai untuk lebih mengenali haiwan serta pada masa sama dapat menampung kos operasi,” katanya ketika ditemui di Rimba Razia Petting Zoo di Kuala Berang, kelmarin.

Zakaria berkata zoo yang berkeluasa­n lebih satu hektar itu kini dihuni lebih 400 haiwan daripada 100 spesies termasuk kanggaru, alpaca, unta, keldai, capybara, musang dan rakun yang dibeli dari Eropah, Jepun, Thailand dan Australia.

Selain itu, katanya zoo tersebut turut menempatka­n pelbagai jenis haiwan reptilia dan spesies burung yang mudah dijaga serta mesra pengunjung.

Menurutnya, bagi melancarka­n operasi zoo tersebut, beliau mengambil 20 pekerja termasuk doktor bagi memantau tahap kesihatan haiwan di situ.

“Sejak dibuka pada Julai lepas, sambutan orang ramai amat menggalakk­an dengan purata pengunjung antara 1,000 hingga ke 2,000 orang sehari.

“Bagaimanap­un, saya tidak meletakkan sasaran pengunjung sebagai keutamaan sebaliknya memadai hasil jualan tiket dapat menampung kos operasi,” katanya.

Selain untuk kepuasan peribadi, Zakaria turut berharap kewujudan zoo tersebut mampu memberi nilai tambah kepada industri pelanconga­n Terengganu sekali gus menjana ekonomi penduduk terutama di kawasan sekitar.

Menurutnya selain zoo yang berkonsepk­an mesra pengunjung, beberapa kemudahan lain turut disediakan seperti permainan paintball dan aktiviti kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV).

“Bayaran tiket masuk untuk dewasa ialah RM20

manakala warga emas dan kanak-kanak RM15 seorang. Bagi kanak-kanak yanng

berketingg­ian 90 sentimeter ke bawah masuk adalah percuma begitu juga dengan golongan orang kurang upaya (OKU).

“Waktu operasi ialah enam hari seminggu bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Setiap Selasa zoo ditutup untuk kerja pembersiha­n dan penyelengg­araan,” katanya. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUTAN MENGGALAKK­AN: Zakaria berkata zoo yang berkeluasa­n lebih satu hektar itu dihuni lebih 400 haiwan daripada 100 spesies termasuk kanggaru, alpaca, unta, keldai, capybara, musang dan rakun yang dibeli dari Eropah, Jepun, Thailand dan Australia.
— Gambar Bernama SAMBUTAN MENGGALAKK­AN: Zakaria berkata zoo yang berkeluasa­n lebih satu hektar itu dihuni lebih 400 haiwan daripada 100 spesies termasuk kanggaru, alpaca, unta, keldai, capybara, musang dan rakun yang dibeli dari Eropah, Jepun, Thailand dan Australia.
 ?? — Gambar Bernama ?? MELUANGKAN MASA: Orang ramai mengambil kesempatan beriadah bersama ahli keluarga bagi memenuhi masa terluang sempena cuti sekolah ketika tinjauan di Zoo Rimba Razia dekat Kuala Berang, semalam.
— Gambar Bernama MELUANGKAN MASA: Orang ramai mengambil kesempatan beriadah bersama ahli keluarga bagi memenuhi masa terluang sempena cuti sekolah ketika tinjauan di Zoo Rimba Razia dekat Kuala Berang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia