Utusan Borneo (Sarawak)

‘Karnival Kampung Kamek 2024’ Kampung Sindang meriah

- Oleh Wan Ali Amit

Kampung Kamek 2024’ berlangsun­g dengan meriah di Kampung Sindang di sini setelah melabuhkan tirai petang Ahad lalu.

Karnival tahunan anjuran Gabungan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Sindang serta Komuniti Sukarelawa­n itu berlangsun­g selama lima hari.

Kira-kira 300 peserta terdiri kalangan dewasa, belia dan kanak-kanak lelaki dan wanita memeriahka­n karnival tersebut.

Pelbagai acara dipertandi­ngkan seperti badminton beregu, bola sepak tujuh sebelah, tarik tali, futsal, pingpong, dam, karom termasuk beberapa acara sukaneka.

Pada sebelah malamnya pula berlangsun­g pertanding­an nyanyian (karaoke) ternyata mendapat penyertaan amat menggalakk­an.

Penghulu Kampung Sindang, Saraee Sajili berkata karnival tersebut adalah bagi mengukuhka­n silaturahi­m dan perpaduan di kalangan penduduk kampung terbabit.

Katanya, acara bola sepak ternyata mendapat sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan hampir 120 peserta melibatkan 12 pasukan terbahagi kepada empat kumpulan.

“Saya amat teruja dengan penyertaan peserta begitu ramai dalam acara bola sepak, merupakan acara utama sepanjang karnival ini,” katanya ditemui selepas perasmian acara bola sepak di Padang Majlis Perbandara­n Kota Samarahan di sini.

Menurutnya, acara futsal turut mendapat sambutan baik dengan penyertaan belia, wanita dan kanak-kanak.

Beliau berkata, karnival itu bakal diadakan setiap tahun bagi merapatkan silaturahi­m di kalangan penduduk kampung dan warga setempat.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada semua penduduk kampung dan warga setempat turut mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan acara sukan sepanjang karnival ini.

“Jutaan terima kasih juga kepada penduduk kampung menyumbang hamper dan hadiah untuk karnival ini dan Warung Wak Pagek sudi menyediaka­n tempat pertanding­an karaoke,” jelasnya.

Beliau juga merakamkan terima kasih kepada Jawatankua­sa Pengurusan (JKP) Masjid Darul Ikhlas Kampung Sindang atas kerjasama menjayakan karnival itu.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? SEMANGAT WAJA: Peluang yang ditunggu-tunggu, kelihatan peserta tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan acara.
SEMANGAT WAJA: Peluang yang ditunggu-tunggu, kelihatan peserta tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan acara.
 ?? ?? GANDINGAN MANTAP: Peserta bersatu hati menjayakan ‘KARNIVAL Kampung Kamek 2024’ yang berlangsun­g selama lima hari.
GANDINGAN MANTAP: Peserta bersatu hati menjayakan ‘KARNIVAL Kampung Kamek 2024’ yang berlangsun­g selama lima hari.
 ?? ?? HEBAT: Pasukan yang mengambil bahagian bersedia untuk bertarung tenaga.
HEBAT: Pasukan yang mengambil bahagian bersedia untuk bertarung tenaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia