Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa

-

Program Jualan Rahmah yang diadakan sepanjang bulan ini, memberi peluang kepada rakyat membeli barangan asas pada harga subsidi, sebagai persediaan menyambut kedatangan Ramadan.

Rata-rata pembeli yang ditemui memberitah­u, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatka­n perbelanja­an golongan B40.

Seorang pengunjung Aizan Mohamad, 51, berkata beliau mengambil kesempatan berbelanja di gerai Jualan Rahmah semalam, bagi membeli barangan keperluan asas persediaan menyambut bulan puasa.

“Harga yang ditawarkan di program ini sangat berbaloi dan tidak akan diperolehi di tempat lain. Hari ini saya berbelanja lebih sikit untuk membeli barangan dapur, bagi stok bulan puasa.

“Gerai yang disediakan kali ini juga lebih banyak melalui penglibata­n banyak agensi lain, memberi lebih banyak pilihan barangan kepada pembeli,” katanya kepada Bernama di Karnival Mini Madani yang diadakan di pekarangan Flat Buluh Kubu, di sini semalam.

Karnival Mini Madani itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.

Seorang warga emas, Che Sanah Mustapa, 74, berkata langkah kerajaan menyediaka­n program jualan itu membantu meringanka­n golongan sepertinya menguruska­n perbelanja­an.

“Seperti mana kita tahu, tidak lama lagi kita akan berpuasa dan keperluan barangan dapur biasanya meningkat sekali ganda. Jualan Rahmah ini bukan hanya memudahkan saya membuat persediaan, malah ia juga lebih menjimatka­n.

“Misalnya bawang merah boleh dibeli pada harga RM6.50 sekilogram berbanding RM10 di tempat lain. Saya mengambil peluang membeli stok barangan kering yang boleh disimpan untuk kegunaan bulan puasa nanti,” katanya yang tinggal bersama tiga anak dan tiga cucunya di Kampung Salor di sini.

Dalam pada itu, Dr Hafidzah berkata kerjasama yang diadakan dengan beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam menjaya program itu, memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli.

Beliau berkata kerjasama tersebut juga mewujudkan kebersamaa­n dan komitmen semua agensi kerajaan, dalam membantu meringanka­n kos sara hidup rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia