Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit

-

Tempoh menunggu bagi rawatan kanser di fasiliti Kementeria­n Kesihatan (KKM) sekurangku­rangnya mengambil masa paling lewat sebulan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata bagaimanap­un ia bergantung kepada tahap kesihatan dan keseriusan kes pesakit.

Katanya bagi pesakit yang hadir untuk mendapatka­n rawatan di Klinik Kesihatan (KK) dan kemudian di diagnos memerlukan rawatan susulan, pakar perubatan akan terus membuat surat rujukan kepada hospital KKM.

“Kalau dinyatakan sebagai kecemasan perubatan, dia segera akan dirawat. Kalau tidak pun, dia diberikan masa paling lewat sebulan tapi ia bergantung kepada keseriusan kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia, di sini semalam.

Beliau berkata KKM juga turut menjalin kerjasama dengan fasiliti perubatan swasta dan hospital universiti seperti Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan bagi rawatan kanser sebagai usaha untuk mengurangk­an waktu menunggu.

Beliau berkata terdapat sembilan fasiliti KKM yang menawarkan perubatan onkologi antaranya Hospital Kuala Lumpur,InstitutKa­nserNegara dan Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata kes kanser di Malaysia juga semakin meningkat iaitu sebanyak 168,822 kes dilaporkan menerusi Registri Kanser Malaysia bagi tempoh lima tahun dari 2017 hingga 2021 dengan kanser payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma dan hati adalah lima kes kanser tertinggi direkodkan.

Mengambilk­iraangkake­situ, beliau menyeru semua pihak termasukba­danbukanke­rajaan (NGO)untukbersa­makerajaan dalam membantu aspek penjagaan kanser serta memberi sokongan kepada pesakit.

Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Feb setiap tahun dengan tema kempen tahun ini ‘Merapatkan Jurang Penjagaan Kanser’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia