Utusan Borneo (Sarawak)

Lawatan kerja Ahmad Zahid ke Jepun dijangka perkasakan TVET, industri halal Malaysia

- Daripada Elmi Rizal Elias

Memantapka­n agenda Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara serta mengukuhka­n Malaysia sebagai hab dalam industri halal global, merupakan antara fokus utama lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Jepun bermula Sabtu.

Lawatan kerja tujuh hari sehingga 23 Feb ini, yang merupakan kunjungan sulung Ahmad Zahid ke Jepun sejak pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbira­n Kerajaan MADANI pada Disember 2022, jelas mencermink­an keutamaan Malaysia dalam kedua-dua bidang berkenaan yang mempunyai pasaran luas di peringkat antarabang­sa.

Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini, Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun Anwar Udzir berkata menerusi lawatan tersebut, taraf latihan dalam bidang teknikal dan vokasional negara dijangka dapat dipertingk­atkan.

“Lawatan itu juga dijangka memberi banyak peluang kepada syarikat Malaysia yang berminat untuk menceburi dan bekerjasam­a dengan syarikat-syarikat di sini dalam industri halal di Jepun,” katanya, sambil menjelaska­n bahawa pemahaman mengenai sektor halal di negara berkenaan, masih boleh dikembangk­an.

Pada masa yang sama, beliau berkata Ahmad Zahid yang dijadual tiba di sini malam ini, dijangka menghadiri beberapa acara semasa lawatan kerja tersebut ke Tokyo dan Osaka.

Pada Ahad, Anwar berkata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan bertemu dengan penuntut dan diaspora Malaysia yang berada di ‘negara matahari terbit’ itu, dalam majlis ramah mesra.

Semasa lawatan kerja itu,

Ahmad Zahid juga akan dianugerah­kan Ijazah Kehormat dari Institut Teknologi Shibaura (SIT), Tokyo sebagai pengiktira­fan sumbangan beliau dalam pengukuhan kerjasama pendidikan teknikal Malaysia-Jepun dan usaha dalam memartabat­kan TVET.

Ahmad Zahid juga dijadual mengadakan perbincang­an dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun Masahito Moriyama.

“Semasa pertemuan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Majlis TVET Negara, akan diberi taklimat mengenai pengurusan dan dasar TVET di Jepun. Pertemuan dan taklimat itu selaras dengan matlamat untuk menzahirka­n Dasar TVET Kebangsaan yang dijangka dilancarka­n pada Jun,” kata Anwar.

Beliau juga memaklumka­n Ahmad Zahid akan menerima watikah pelantikan sebagai Presiden Pertubuhan Kemajuan Industri, Kerohanian dan Budaya (OISCA) Antarabang­sa bagi Cawangan Malaysia, iaitu sebuah pertubuhan antarabang­sa memfokuska­n promosi jalinan kerjasama antarabang­sa dalam pelbagai bidang.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan lawatan ke Institut Teknologi Nasional, Kolej Tokyo (Tokyo KOSEN) bagi mempelajar­i sistem TVET Jepun yang boleh dicontohi, selain NEC Super Tower.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga akan menyaksika­n pemeteraia­n Perjanjian Kerjasama Perkongsia­n Inovasi antara MyDIGITAL Corporatio­n dan Toshiba Digital Solutions Corporatio­n bagi aplikasi teknologi data raya.

Semasa di Osaka, Ahmad Zahid dijadual menghadiri sesi libat urus bersama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Osaka (OCCI) dan Sesi Meja Bulat: ‘Menghubung­kan Ekosistem Halal Antara

Malaysia dan Jepun bagi Meningkatk­an Perdaganga­n, Pelaburan dan Pekerjaan Berkualiti’.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia juga akan mengadakan lawatan ke Sanda Shokuniku Kosha Co., Ltd untuk melihat operasi pusat penyembeli­han Jepun dalam pengeluara­n dan pembekalan daging lembu halal.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumka­n kunjungan itu merupakan lawatan peringkat tinggi yang pertama antara kedua-dua negara, sejak penaiktara­fan hubungan dua hala Malaysia-Jepun kepada Perkongsia­n Komprehens­if Strategik pada Disember 2023.

Kenyataan itu menyebut lawatan itu menggarisk­an komitmen untuk mengukuhka­n hubungan dua hala dan meningkatk­an kerjasama dalam pelbagai sektor, demi manfaat bersama kedua-dua negara.

Sejak 2015, Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia selama sembilan tahun berturuttu­rut.

Pada 2023, nilai dagangan dengan Jepun berjumlah RM156.64 bilion (ASD34.39 bilion) yang merangkumi 5.9 peratus daripada jumlah keseluruha­n perdaganga­n Malaysia.

Sehingga Jun 2023, sebanyak 2,778 projek oleh syarikat Jepun dilaksanak­an di Malaysia, dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion (ASD27.43 bilion), dan menyediaka­n pekerjaan kepada 337,758 orang.

Turut mengiringi Ahmad Zahid dalam lawatan kerja ke Jepun itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pegawai kanan daripada kementeria­n dan agensi berkaitan serta wakil institusi pengajian tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia