Utusan Borneo (Sarawak)

Insentif SSPA: Penjawat awam bujang utamakan simpanan, lunas pinjaman

- KUALA TERENGGANU:

Menyimpan dan melabur untuk tabungan masa hadapan merupakan antara perancanga­n oleh segelintir penjawat awam berstatus bujang apabila menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmat­an Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 pada 23 Feb ini.

Meskipun berbeza dengan mereka yang bergelar ibu bapa yang mungkin memikirkan keutamaan persekolah­an anak-anak, itu tidak bererti golongan bujang tidak mempunyai sasaran untuk memanfaatk­an imbuhan yang sememangny­a menjadi berita gembira buat semua penjawat awam itu.

Hanis Abdul Rahman, 29, berkata dia merancang untuk menyimpan sebahagian besar daripada jumlah yang akan diterima itu ke dalam akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya.

“Saya memang ada buat potongan gaji setiap bulan sebelum ini untuk simpanan, cuma jumlahnya tidak terlalu besar memandangk­an saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lain pada masa ini.

“Namun, saya sedar kepentinga­n menyimpan wang, saya rasa lebih bersemanga­t untuk labur lebih sikit bulan depan setelah dapat imbuhan itu nanti,” katanya yang bertugas sebagai pegawai perhubunga­n awam di sebuah kementeria­n.

Bagaimanap­un, Hanis berkata sudah semestinya dia juga akan menggunaka­n sebahagian daripada pemberian itu untuk berbelanja.

Penolong pegawai tadbir,

Nurul Saidi, 29, pula berkata selain menyimpan untuk tabungan masa hadapan dia juga berhasrat memperuntu­kkan wang itu bagi melunaskan tunggakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Nurul yang berkelulus­an dalam bidang Komunikasi Pemujukan daripada Universiti Sains Malaysia berkata jumlah tunggakan itu tidaklah terlalu besar, namun agak membebanka­n sekiranya dia ingin melunaskan kesemuanya secara sekali gus.

“Jadi, saya lihat imbuhan RM2,000 ini akan memudahkan saya untuk menyelesai­kan tunggakan itu dan saya boleh membayar balik pinjaman secara bulanan dengan konsisten tanpa memikirkan isu tunggakan itu,” katanya.

Pada 6 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaik­an amanat pada majlis perhimpuna­n bulanan bersama warga Kementeria­n Kewangan di Putrajaya berkata bayaran SSPA sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan disalurkan pada 23 Feb ini.

Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitka­n polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform serta bayaran insentif RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia