Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang bersenjata bunuh dua orang di perhentian bas

-

Dua orang terkorban di Israel ketika seorang penyerang bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah perhentian bas yang sesak berhampira­n pekan selatan Kiryat Malakhi pada Jumaat, kata pihak hospital dan polis.

Dua orang yang telah dibawa ke Pusat Perubatan Kaplan telah disahkan meninggal dunia, seorang jurucakap bagi fasiliti memberitah­u AFP. Empat orang lagi telah tercedera dalam kejadian tembakan, menurut polis Israel.

Seorang jurugambar AFP di tempat kejadian melaporkan penyerang bersenjata telah dibunuh dan mayatnya masih ada di tempat kejadian serangan. Polis menyatakan dia telah “dineutralk­an” oleh seorang warga awam di tempat kejadian.

“Kami telah meletakkan satu amaran peringkat negara,” ketua polis Israel Kobi Shabtai memberitah­u wartawan di tempat tersebut, tanpa memberikan maklumat mengenai serangan.

Pada petang Ahad terdapat dua serangan tikaman, satu terhadap pihak polis di timur Baitulmuqa­ddis yang diambil alih dan satu lagi terhadap anggota tentera di sebuah pos pemeriksaa­n di Tebingan Barat yang ditawan.

Kiryat Malakhi terletak kira-kira 25 kilometer (15 batu) di utara Semenanjun­g Gaza, di mana perang Israel dengan militan Hamas telah marak selama lebih dari empat bulan.

Konflik telah dicetuskan oleh serangan 7 Oktober oleh Hamas ke atas Israel yang mengakibat­kan kematian kira-kira 1,160 orang, kebanyakan warga awam, menurut kepada satu kiraan AFP berdasarka­n kepada jumlah rasmi Israel.

Sekurang-kurangnya 28,775 orang, kebanyakan wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan balas tentera Israel ke atas Gaza, menurut kementeria­n kesihatan di wilayah yang ditadbir oleh Hamas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia