Utusan Borneo (Sarawak)

Lima pesakit mati sebab kurang oksigen di Palestin

-

Kementeria­n kesihatan di Gaza yang ditadbir oleh Hamas menyatakan lima orang pesakit meninggal dunia kelmarin disebabkan oleh kekurangan oksigen pada salah satu dari beberapa buah hospital yang beroperasi di wilayah Palestin yang musnah akibat peperangan yang telah diserbu oleh pasukan tentera Israel.

“Seorang pesakit kelima di hospital Nasser telah syahid akibat penghentia­n generator yang menyebabka­n satu pemutusan bekalan oksigen,” menurut pihak kementeria­n dalam satu kenyataan, menambahka­n kebimbanga­n bagi empat orang pesakit lain yang dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital dan tiga orang kanak-kanak di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.

Pada awal Jumaat ia menyatakan empat orang pesakit di unit rawatan rapi di hospital telah meninggal dunia disebabkan oleh kekurangan oksigen.

“Kami menganggap penaklukan Israel sebagai bertanggun­gjawab bagi nyawa pesakit dan kakitangan menganggap bahwa kompleks itu sekarang di bawah kawalan sepenuhnya,” menurutnya dalam kenyataan awal.

Pihak tentera ketika dihubungi oleh AFP menyatakan ia sedang memeriksa laporan mengenai kematian di hospital.

Seorang saksi yang enggan namanya dikenali kerana bimbang bagi keselamata­n mereka, berkata pihak tentera penembak tepat menembak “kepada sesiapa yang bergerak ke dalam hospital” dan bahawa sebuah “kenderaan tentera mengepungn­ya” turut melepaskan tembakan.

Pada Khamis, pihak kementeria­n menyatakan beratus-ratus orang, termasuk pesakit dan kakitangan perubatan, yang masih berada di dalam kompleks hospital.

Pihak tentera Israel menyatakan pada Khamis ia telah melancarka­n satu operasi yang “jelas” di hospital selepas meneima “maklumat perisikan dipercayai” bagi mencadangk­an tebusan yang telah ditahan di dalam, dan bahawa mayat-mayat tebusan mungkin berada dalam fasiliti tersebut.

Namun kemudian Khamis pihak tentera menyatakan “masih belum menemui sebarang bukti mengenainy­a”, walaupun pasukan tentera telah menemui “senjata, bom tangan dan bom mortar” di kompleks hospital.

Selama beberapa minggu, ribuan orang yang tiada tempat tinggal akibat peperangan telah berlindung di kompleks.

Badan kebajikan perubatan Doctors Without Borders menyatakan pada Khamis bahawa serangan ke atas hospital telah memaksa kakitangan­nya untuk melarikan diri, meninggalk­an para pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia