Utusan Borneo (Sarawak)

Dua ditembak mati di timur laut India, perusuh mahu serbu bangunan polis

-

Dua orang telah ditembak mati di timur laut terpencil India ketika kumpulan perusuh cuba untuk menyerbu sebuah bangunan polis, menuntut pengembali­an semula seorang anggota tentera yang mengambil swafoto dengan sebuah kumpulan militia.

Wilayah Manipur di sempadan India dengan Myanmar sejak tahun lepas telah terbelah akibat konflik etnik yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 200 orang.

Insiden terbaharu berlaku pada Khamis di daerah Churachand­pur, di mana pihak polis menyatakan menerusi media sosial bahawa sekumpulan kira-kira 400 orang merusuh pejabat pesuruhjay­a polis tempatan.

Satu kenyataan dari Indigenous Tribal Leaders Forum (ITLF) di negeri ini menyatakan pasukan keselamata­n telah menembak mati dua orang penunjuk perasaan, dengan 25 orang yang mengalami kecederaan serius.

Jurucakap ITLF Ginza Vualzong pada mulanya memberitah­u AFP bahawa tiga orang telah meninggal dunia dalam keganasan.

Kakitangan keselamata­n memberikan respons “sewajarnya dengan menembak gas pemedih mata bagi mengawal situasi,” menurut polis negara menerusi platform media sosial X.

Badan penyiaran NDTV melaporkan bahawa orang ramai telah menuntut pengembali­an semula seorang konstabel yang telah digantung kerja kerana mengambil gambar dengan “penjahat bersenjata”.

PIhak berkuasa negara turut mengarahka­n semula satu penutupan Internet di daerah selama lima hari, menurut kepada satu notis yang dikeluarka­n pada Jumaat.

Manipur telah pecah di sepanjang garisan etnik sejak masalah keganasan pada Mei lepas di antara penduduk majoriti Meitei Hindu dan komuniti Kristian Kuki.

Militia bermusuhan telah membentuk sekatan di beberapa bahagian di negeri ini untuk menghalang anggota dari komuniti pembangkan­g.

Ketegangan yang berpanjang­an di antara dua buah kumpulan telah berkisar mengenai pertanding­an n untuk mendapatka­n tanah dan pekerjaan awam, dengan aktivis hak asasi menuduh para pemimpin tempatan sebagai memburukka­n lagi perpecahan etnik bagi keuntungan politik.

Human Rights Watch telah menuduh pihak berkuasa negeri d Manipur, yang ditadbir oleh parti Perdana Menteri Narendra Mod, sebagai membantu koflik dengan ‘polisi-polisi memecah belah mempromosi­kan majoritasi Hindu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia