Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan Israel di Lubnan bunuh lima pejuang Hizbullah

- — AFP

Serangan Israel ke atas sasaran di selatan Lubnan telah membunuh lima orang pejuang dari Hizbullah dan pergerakan bersekutu Amal, menurut kumpulan itu kelmarin, sambil menambah kepada satu peningkata­n dalam keganasan yang menyebabka­n amaran antarabang­saa.

Agensi Berita Negara (NNA) yang dijalankan oleh pihak negara di Lubnan menyatakan pesawat perang Israel telah menyerang lima buah kampung di selatan Lubnan semalaman KhamisJuma­at.

Satu serangan ke atas sebuah rumah di kampung Al-Qantara telah membunun tiga orang anggota pergerakaa­n Islam Syiah Amal diketuai oleh speaker parlimen Nabih Berri, menurut pergerakan itu.

Hizbullah, pergerakan

Syiah yang mendapat sokongan Iran, mengumumka­n secara berasingan kematian dua orang pejuangnya, membawa kepda 12 orang yang terbunuh sejak Rabu.

Hamas sekutu Hizbullah dan musuh ketat Israel telah saling berbalas tembakan setipa hari merentasi sempadan sejk perang Israel-Hamas berlaku pada 7 Oktober.

Namun jurucakap bagi setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatumen­yeru pada Rabu bagi satu penghentia­n terhadap “peningkata­n terbaharu” berbahaya , yang turut menimbulka­n kebimbanga­n dari Amerika Syarikat.

Rabu merupajab hari palin g berdarah dalam tempoh lebih dari empat bulan bagi pertempura­n merentasi sempadam, dengan 10 orang warga awam dan lima orang anggota Hizbullah termasuk seorang komander terbunuh.

Hizbullah menyatakan ia membalas serangan pada Khamis dengan menembak beberapa biji roket ke utara Israel.

Pihak tentera Israel menyatakan ia melakukan serangan pada Rabu selepas tembakan roket dari Lubnan telah membunuh seorang anggota tentera.

Serangan merentasi sempadan telah membunuh sekurang-kurangnya 268 orang bagi pihak Lubnan, kebanyakan mereka adalah pejuang Hizbullah namun juga 40 orang warga awam, menurut kepada satu kiraan AFP.

Bagi pihak Israel, 10 anggota tentera dan enam warga awam telah terkorban, menurut kepada tentera Israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia