Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengarah rumah pengebumia­n diburu polis

-

LOS ANGELES: Seorang bekas pengarah rumah pengebumia­n yang dikatakan menyimpan satu mayat yang sudah lama dan mayat lain di kediamanny­a telah diburu oleh polis di daerah Colorado.

Pekerja pembersiha­n telah terjumpa mayat yang dibakarkan, atau sisa pembakaran mayat, bagi beberapa orang selepas menghalau keluar Miles Harford dari sebuah rumah di Denver pada awal bulan ini.

Ketika pihak polis tiba, mereka menemui sebuah keranda dalam premis yang mengandung­i mayat seorang wanita berusia 63 tahun yang telah meninggal dunia kira-kira 18 bulan lepas, bersama dengan beberapa buah kotak rangka mayat yang dibakar, katra polis

Dencer kelmarin.

Pihak penyiasat menyatakan mayat telah disimpan dalam kenderaan sejak kematianny­a pada Ogos 2022.

Harford, 33, memiliki Apollo Funeral and Cremation Services di Denver, yang telah ditutup pada bulan berikutnya.

Satu waran telah dikeluarka­n bagi penahanan Harford kerana disyaki bagi salah laku terhadap mayat, pemalsuan dan kecurian, kata polis.

“Pihak penyiasat sebelum ini telah berhubung dengan Harford yang dipercayai berada di kawasan Denver dan sekarang berusaha untuk menguruska­n penahanan bagi waran ini,” menurut satu kenyataan.

Colorado adalah tidak asing lagi dengan pengarah rumah mayat yang teruk.

Pada tahun lepas, hampir 200 mayat reput telah ditemui di sebuah rumah pengebumia­n usang selepas para jiran mengadu mengenai bau busuk di bangunan itu berhampira­n Colorado Springs.

Serta pada 2018 pihak FBI mendapati bahawa pengarah bagi sebuah tempat telah menjual anggota badan di seluruh dunia, dan memberikan kepada keluarga yang berkabung campuran simen dan bukannya abu mayat yang dibakar.

The Denver Post melaporkan bahawa Colorado adalah satu-satunya daerah di AS yang mana pengarah rumah pengebumia­nnya tidak perlu untuk memiliki lesen, dan rumah mereka sendiri adalah kurang diawasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia