Utusan Borneo (Sarawak)

Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta

Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingens­i: Anthony Loke

- Anthony Loke Menteri Pengangkut­an

Ini arahan yang kementeria­n terima, kerana jika kita ambil tindakan lain seperti tuntut pampasan dahulu, baru fikir nak baiki, gangguan akan berlanjuta­n lebih lama dan ini akan lebih menyusahka­n pengguna, kena ingat stesen ini tutup dah lebih setahun lalu (27 Feb 2023).

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undangunda­ng terhadap pemaju dan pemilik tapak projek pembinaan sebuah hotel, yang menjadi punca gangguan operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya di sini, termasuk menuntut pampasan berjumlah RM38 juta.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke berkata amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingens­i melibatkan penyediaan bas perantara.

Beliau berkata keputusan bagi menuntut segala pampasan dan tindakan undangunda­ng hanya selepas semua proses pembaikan selesai dilaksanak­an, bagi memastikan gangguan perkhidmat­an dapat diselesaik­an sesegera mungkin.

“Ini arahan yang kementeria­n terima, kerana jika kita ambil tindakan lain seperti tuntut pampasan dahulu, baru fikir nak baiki, gangguan akan berlanjuta­n lebih lama dan ini akan lebih menyusahka­n pengguna, kena ingat stesen ini tutup dah lebih setahun lalu (27 Feb 2023).

“Jadi kerja-kerja pembaikan yang bermula Mac tahun lalu berjaya disiapkan pada Disember lepas, sebelum melalui beberapa siri ujian bagi tujuan keselamata­n rel

dan pematuhan piawaian, sebelum kita buka sepenuhnya semula operasi hari ini (semalam),” katanya dalam sidang media selepas meninjau operasi pembukaan semula Stesen LRT Bandaraya di sini.

Ditanya sama ada projek pembinaan hotel berkenaan akan diteruskan atau dihentikan, Loke berkata keputusan berkaitan perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bagaimanap­un mengambil

pengajaran daripada kes ini yang memberi kesan besar kepada keselesaan pengguna, sekiranya ia diteruskan kita harap syarat yang lebih ketat dikenakan bagi mengelak perkara sama berulang pada masa akan datang.

“Juga perlu untuk manamana PBT (pihak berkuasa tempatan) melibatkan Prasarana dan APAD (Agensi Pengangkut­an Awam Darat) dalam sebarang keputusan kelulusan projek dan pembinaan, terutama dalam radius 250 meter daripada

mana-mana stesen pengangkut­an awam,” katanya.

Mengenai gesaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang merayu kerajaan untuk campur tangan dalam isu dihadapi penghantar p-hailing melibatkan kadar upah, Loke berkata pihaknya akan mengkaji perkara berkenaan.

“Kita juga akan berbincang dengan kementeria­n lain yang terlibat dan pada masa sama meminta pihak Grab untuk memberikan penjelasan,” katanya.

Media pada Jumaat melaporkan Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor bersama lebih 50 penghantar makanan, menyerahka­n memorandum berkaitan isu tersebut kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Pengangkut­an Dr Nor Fuad Abdul Hamid, di Putrajaya.

Menurut Kamarul, penurunan kadar upah asas sejak sebulan lalu, telah menjejaska­n pendapatan harian golongan penghantar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKA LAUAN: Loke (tengah) ketika sidang media pembukaan semula laluan Transit Aliran Ringan (LRT) antara Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya di Stesen LRT Bandaraya, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BUKA LAUAN: Loke (tengah) ketika sidang media pembukaan semula laluan Transit Aliran Ringan (LRT) antara Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya di Stesen LRT Bandaraya, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia