Utusan Borneo (Sarawak)

Enrique enggan ulas keputusan Mbappe

Penyerang Perancis itu berhasrat untuk tinggalkan kelab Paris itu hujung musim ini

-

PARIS: Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique kelmarin enggan mengulas mengenai keputusan Kylian Mbappe untuk meninggalk­an kelab itu pada penghujung musim.

Hari sebelumnya, sumber yang rapat dengan PSG memberitah­u AFP bahawa Mbappe telah memaklumka­n kelab itu hasratnya untuk pergi apabila kontraknya tamat pada penghujung musim ini, kata sumber yang rapat dengan juara Ligue 1 itu.

Dia dijangka ramai akan berpindah ke Real Madrid dan, menurut sumber yang sama, telah pun mengadakan rundingan dengan kelab gergasi Sepanyol itu.

“Saya tidak mempunyai maklumat untuk diberikan kepada anda,” kata Luis Enrique kepada pemberita pada sidang media sebelum lawatan ke Nantes pada hari Sabtu.

“Saya akan mengelak bercakap mengenai perkara ini sehingga pihak terbabit bercakap mengenainy­a,” kata lelaki Sepanyol itu.

“Kylian Mbappe belum menyatakan apa-apa secara terbuka dan begitu juga kelab. Saya hanyalah jurulatih

ENRIQUE

Saya akan mengelak bercakap mengenai perkara ini sehingga pihak terbabit bercakap mengenainy­a.

Luis Enrique Jurulatih Paris Saint-Germain

dan apabila pihak lain bercakap, saya akan memberikan pendapat saya.”

Mbappe, 25, yang tiba di Paris dari Monaco pada 2017, telah menyambung kontraknya pada 2022 hingga 2024 tetapi pada musim panas lalu, dia enggan mengaktifk­an klausa yang membenarka­nnya untuk kekal di PSG setahun lagi.

“Syarat perlepasan masih belum dipersetuj­ui sepenuhnya,” kata sumber itu, sambil menambah bahawa kelab dan Mbappe akan membuat kenyataan rasmi “apabila segala-galanya dimuktamad­kan dalam beberapa bulan akan datang”.

Difahamkan pemergian kapten Perancis itu akan diumumkan secara rasmi dalam masa beberapa bulan lagi.

Mbappe mencatat nama sebagai penjaring gol terbanyak Ligue 1 musim ini dengan 20 gol dan menjaringk­an gol pembukaan apabila PSG menewaskan Real Sociedad 20 dalam perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga JuaraJuara pada Khamis.

Dia muncul di pentas global apabila Perancis memenangi Piala Dunia 2018 di Rusia dan dia menjaringk­an hatrik pada perlawanan akhir Piala

Dunia 2022 di Qatar tetapi kalah kepada Argentina yang menang menerusi sepakan penalti. — AFP

 ?? ??
 ?? ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia