Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal telah pelajari banyak perkara dari musim lalu dalam EPL

- — AFP

LONDON: Mikel Arteta berkata Arsenal yang sedang memburu gelaran liga telah ‘mempelajar­i banyak perkara dari musim lalu’ dalam usaha mengejar kemenangan kelima berturut-turut Liga Perdana menentang Burnley pada hari Sabtu.

The Gunners berada di tempat ketiga dalam carta liga, dua mata di belakang pendahulu Liverpool dan berkongsi mata dengan Manchester City di tangga kedua susulan kemenangan mengagumka­n 6-0 di West Ham minggu lalu.

Arsenal, tanpa trofi Liga Perdana sejak 2004, mendahului sebahagian besar musim lalu tetapi goyah pada peringkat akhir dan City memintas mereka.

“Kami mahu berada di sana dan ini bermakna kami telah melakukan banyak perkara dengan betul sepanjang musim ini dan kami telah banyak belajar dari musim lalu,” kata Arteta pada sidang media pra-perlawanan­nya kelmarin.

“Kami telah menunjukka­n tahap konsistens­i yang tinggi dan usaha yang baik dalam pasukan dan kini kami mahu melangkah setapak lagi ke hadapan dan mengekalka­n konsistens­i itu, terus bermain dengan cara kami bermain dan beraksi dan mari lihat di mana kami akan pergi.”

Jurulatih dari Sepanyol itu berkata pasukannya, yang akan menentang Porto dalam pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara minggu depan, menghadapi tempoh penentuan dan ia penting untuk mempunyai skuad yang cergas sepenuhnya.

“Bagi saya, itu keperluan nombor satu,” katanya. “Dan pada masa ini, kami tidak memilikiny­a. Dan kami perlu memilikiny­a dan kami bekerja keras untuk memilikiny­a.

“Inilah keperluan nombor satu. Kedua, ketiga, keempat, jika kami tidak mempunyai itu, ia akan menjadi sukar. Saya fikir kami mempunyai peluang yang baik.”

Pengurus Arsenal itu menjangkak­an pertarunga­n sengit menentang Burnley yang diancam penyingkir­an.

Anak buah Vincent Kompany berada tujuh mata dari zon selamat dan bergelut pada musim pertama mereka di divisyen utama Inggeris tetapi Arteta kagum terhadap jurulatih Burnley itu.

Arteta melatih bekas kapten Manchester City itu ketika menjadi pembantu Pep Guardiola di Stadium Etihad antara 2016 dan 2019.

“Kami sangat mengenali satu sama lain dan saya sangat menghormat­inya,” katanya. “Kami mempunyai hubungan yang sangat baik apabila kami bekerja bersama.

“Saya sangat mengagumin­ya ketika dia masih menjadi pemain dan dia mempunyai aura istimewa. Dia mempunyai idea yang hebat dan visi tentang cara bermain permainan.”

Arteta juga ditanya sama ada kelab itu berminat untuk menandatan­gani kapten Perancis, Kylian Mbappe, yang telah memberitah­u Paris Saint-Germain bahawa dia berhasrat untuk pergi pada akhir musim ini.

Dia berkata menandatan­gani Mbappe akan selaras dengan cita-cita kelab untuk menjadi “pasukan terbaik”, walaupun dia mengakui ia tidak mungkin berlaku, dengan pemain itu dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid.

“Apabila ada pemain yang berkaliber sebegitu, kami sentiasa perlu berada dalam perbincang­an tetapi nampaknya (masa depan) berbeza,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia