Utusan Borneo (Sarawak)

Momota inspirasi kebangkitk­an Jepun dalam aksi Badminton Berpasukan Asia

-

Juara dunia dua kali, Kento Momota kelmarin mempamerka­n kebangkita­n hebat dengan memenangi lapan mata berturut-turut untuk meletakkan Jepun ke separuh akhir Kejohanan Berpasukan Badminton Asia menentang juara bertahan Malaysia.

Kemahiran dan kecekalan Momota menjadikan Jepun menang 3-2 ke atas India.

India pada mulanya kelihatan akan mara ke acara empat terakhir lelaki di Malaysia.

K. Srikanth mendahului 19-12 dalam perlawanan penentuan, sebelum Momota yang berusia 29 tahun memutarkan arah untuk menang lapan mata berturut-turut, menang untuk menggembir­akan penyokong yang melaungkan namanya sepanjang pertarunga­n 77 minit.

Momota menang 17-21, 21-9, 22-20.

Momota, bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan kereta di Malaysia pada tahun 2020 selepas memenangi Malaysia Masters, berkata dia telah diberi rangsangan tambahan oleh sokongan orang ramai.

“Kami hampir tewas dalam perlawanan ini, tetapi terima kasih kepada sokongan semua orang, kami menang. Bagi saya, bermain tanpa berputus asa membawa kepada kemenangan,” katanya kepada pemberita.

Sejak kemalangan 2020, Momota telah bergelut untuk mendapatka­n semula kekuatanny­a yang mana sebelum kemalangan itu, dia telah mengumpul rekod 11 gelaran pada 2019.

Jepun akan meneruskan perlawanan menentang Malaysia, yang menewaskan Singapura 3-1 walaupun bermain dengan skuad lemah memandangk­an Lee Zii Jia tidak hadir dan Ng Tze Yong berundur selepas tiga minit.

Pemain nombor 10 dunia, Lee tidak bermain selepas dia berehat kerana isu resdung, dan Ng yang menggantik­an tempatnya mengundur diri selepas hanya tiga minit.

Malaysia bagaimanap­un memperoleh kemenangan hasil Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Leong Jun Hao dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin.

Korea Selatan dan China juga akan berentap dalam separuh akhir berpasukan lelaki.

Separuh akhir wanita akan mempertemu­kan Indonesia menentang Thailand, manakala Jepun menentang India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia