Utusan Borneo (Sarawak)

Kejutan dalam saingan Liga Perkhidmat­an Awam II 2023

-

KUCHING: Saingan Liga Perkhidmat­an Awam II 2023 terus mencatat beberapa kejutan selepas berakhir minggu ke-16 pada minggu lalu di Megalanes Sarawak di sini.

Kejayaan pasukan UBC melonjak ke tangga ke-15 dari tangga ke-17 selepas menjinakka­n PSKPP B.

Pasukan diwakili Yusralina Yusof, Isa Kumar Jali Sulaiman dan Mohd Zulfakhri Mohd Afandi memperagak­an persembaha­n cemerlang dengan melakar kemenangan 17-3 bagi meraih 40.75 mata Peterson sekali gus mengumpul 464.20 mata.

Malang bagi PSKPP B apabila akur jatuh ke tangga kelima selepas kekalahan tersebut.

Kekalahan itu juga membuka peluang kepada One Mixx Team untuk memintas mereka sekali gus menduduki tangga keempat dari 18 pasukan yang bertanding.

One Mixx Team menghidu peluang terbaik untuk memintas dan menampilka­n aksi memukau dengan menewaskan PSKPP A (155) bagi membawa pulang 37.77 mata dan 558.26 secara keseluruha­n.

Dalam pada itu, kedudukan S.H.I.E.L.D di puncak liga masih sukar digugat selepas mengumpul 609.17 mata secara keseluruha­n hasil kemenangan 13-7 ke atas Medic Squad.

Pasukan itu diwakili Mohd Faizal Zainor Halim, Marzainah Jayamara dan Nazrin Wagiman.

Keputusan lain menyaksika­n SUK Bowlers dan The Cops kekal di tangga kedua dan ketiga dengan mengumpul 570.10 dan 558.26 mata meskipun mecatat kekalahan.

SUK Bowlers ditewaskan

Black Dragon Bowlers diwakili Mohamad Ismal Ismawie, Salehah Saleh dan Yahya Ismail dengan skor 11-9. Black Dragon Bowlers meraih 33.77 mata sambil SUK Bowlers menerima 31.30 mata.

Selain itu, The Cops turut tewas di tangan De’1D diwakili Arthur Jelenggai, Muhammad Ainnurridh­a Tarmizy dan Syed Arbini Juaindi Wan Husain dengan skor 12-8.

De’1D mengutip 35.05 mata manakala The Cops berpuas hati dengan menerima 30.95 mata.

Pasukan menduduki tangga keenam hingga 18 adalah EVO, The Cannon Balls, Dynamixxx, Medic Squad, Black Dragon Bowlers, PSKPP A, Pin Pocket, De’1D, Kuching Waterboard, UBC, UiTM Crocs, SUKBOM dan SDO Mix Crocs.

 ?? ?? BERSAING: Pasukan De’1D (dari kiri) Muhammad Ainnuridha Tarmizy, Arthur Jelenggai dan Syed Arbini Juaindi Wan Husain semasa bersaing pada minggu ke-16 perlawanan.
BERSAING: Pasukan De’1D (dari kiri) Muhammad Ainnuridha Tarmizy, Arthur Jelenggai dan Syed Arbini Juaindi Wan Husain semasa bersaing pada minggu ke-16 perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia