Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan pecat Klinsmann

Jurulatih kelahiran Jerman itu dipecat ekoran kekalahan Korea Selatan dalam aksi Piala Asia 2024

- Chung Mong-gyu Presiden Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) KFA”. — AFP

SEOUL: Jurgen Klinsmann dipecat sebagai jurulatih Korea Selatan semalam berikutan kekalahan skuad kebangsaan kepada Jordan pada separuh akhir Piala Asia dan pendedahan tentang pergaduhan antara pemain-pemain.

KFA telah memutuskan untuk menukar ketua jurulatih kebangsaan berikutan semakan menyeluruh.

Bekas pemain penyerang Jerman berusia 59 tahun itu, pemenang Piala Dunia sebagai pemain, memegang jawatan itu belum setahun dan tidak pernah memenangi hati peminat atau media Korea Selatan.

“KFA telah memutuskan untuk menukar ketua jurulatih kebangsaan berikutan semakan menyeluruh,” kata presiden Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) Chung Mong-gyu.

“Klinsmann telah gagal mempamerka­n keupayaan pengurusan dan kepimpinan yang diharapkan daripada ketua jurulatih kebangsaan dari segi taktik dan pengurusan kakitangan, kepada sikap kerja dan lain-lain yang diperlukan untuk membawa daya saing kepada pasukan.”

Klinsmann, yang pengurusan­nya tidak menyamai karier bermainnya yang cemerlang, berkata ia telah menjadi “perjalanan yang luar biasa” dan mengucapka­n terima kasih kepada pemain-pemain dalam satu catatan di media sosial, sejurus sebelum dia dipecat.

KFA berada di bawah tekanan besar untuk memecat Klinsmann. Pada Khamis, jawatankua­sa pasukan kebangsaan berkata bahawa “perubahan kepimpinan wajib”.

Pasukan Korea Selatan telah berada dalam kemelut.

Pada hari Rabu, ada pendedahan tentang pergaduhan antara pemain yang menyebabka­n Son Heungmin cedera pada jari sebelum mereka tewas 0-2 kepada Jordan dalam suku terakhir di Qatar.

Lee Kang-in dari Paris Saint-Germain kemudianny­a mengeluark­an kenytaan permohonan maaf selepas agensi berita Yonhap berkata pemain berusia 22 tahun itu cuba menumbuk kapten dan bintang Tottenham, Son.

Wakil Lee telah menafikan berlaku tumbukan.

Konflik itu dicetuskan oleh pemain-pemain muda - termasuk Lee - yang tergesa-gesa menghabisk­an makan malam mereka supaya mereka boleh keluar awal dan bermain pingpong.

Ini menimbulka­n kemarahan beberapa pemain yang lebih tua, termasuk Son, yang ingin menghormat­i tradisi lama bahawa makan malam pra-perlawanan untuk merapatkan hubungan dalam pasukan, mencetuska­n pergaduhan.

Lee dan Son kedua-duanya bermain dalam perlawanan

kalah kepada Jordan, dengan dua jari Son dibalut bersama.

Klinsmann, yang kontraknya akan berakhir sehingga selepas Piala Dunia 2026, telah berjanji untuk memberikan gelaran Asia pertama Korea Selatan dalam tempoh 64 tahun.

Pertelingk­ahan pada malam sebelum perlawanan Jordan mencetuska­n desakan agar Klinsmann dipecat, dengan ada yang mengatakan sudah cukup banyak bukti bahawa pengurusan­nya lemah.

Presiden KFA, Chung

berkata “kejadian ini banyak mendedahka­n kepada kami kawasan yang perlu diberi perhatian apabila ia berkaitan dengan pengurusan pasukan kebangsaan”.

“KFA akan segera mencari ketua jurulatih seterusnya untuk kelayakan Piala Dunia 2026 akan datang,” kata Chung, yang turut berada dalam tekanan untuk meletak jawatan.

Yonhap sebelum ini melaporkan bahawa KFA akan mempertimb­angkan pelantikan sementara untuk perlawanan kelayakan Piala

Dunia di tempat sendiri dan di tempat lawan menentang Thailand bulan depan.

Bekas jurulatih Amerika Syarikat (AS), Klinsmann berada di bawah tekanan sejak hari pertama pengurusan­nya dan dia enggan berpindah ke Korea Selatan dari AS.

Dia juga dituduh oleh beberapa peminat dan media bahawa dia terlalu banyak tersenyum, walaupun mereka kalah.

Jurulatih Jerman itu berhak untuk mendapatka­n bayaran untuk baki kontraknya sehingga Julai 2026, dianggarka­n AS$2.2 juta setahun.

“Jika Korea Selatan telah tersingkir pada peringkat kalah mati pertama (Piala Asia) KFA boleh memecatnya tanpa pampasan,” lapor Sports Chosun.

Chung dari KFA - sebahagian daripada keluarga yang mengasaska­n syarikat kereta Korea, Hyundai berkata jika berlaku beban kewangan yang besar akibat pemecatan itu, “Saya akan mencari cara untuk saya membuat sumbangan dari segi kewangan sebagai ketua

 ?? — Gambar AFP ?? SELAMAT JALAN: Gambar fail menunjukka­n Klinsmann (tengah) sedang memantau anak buahnya semasa sesi latihan menjelang aksi separuh akhir Piala Asia 2023 menentang Jordan di Doha.
— Gambar AFP SELAMAT JALAN: Gambar fail menunjukka­n Klinsmann (tengah) sedang memantau anak buahnya semasa sesi latihan menjelang aksi separuh akhir Piala Asia 2023 menentang Jordan di Doha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia