Utusan Borneo (Sarawak)

Kembangkan lagi industri batik linut

Fatimah mahu lebih banyak penyelidik­an dijalankan mengenai sagu bagi membantu mengembang­kan lagi industri ini

- Oleh Agnes Tugong

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah mahu lebih banyak penyelidik­an dijalankan mengenai sagu bagi membantu mengembang­kan lagi industri batik linut.

Menurut Fatimah, penyelidik­an tidak hanya tertumpu kepada industri hiliran dan huluan tetapi juga dari aspek teknologi.

“Kita mahu CRAUN Research bukan sahaja menumpukan kepada industri hiliran dan huluan bagi produk berasaskan sagu tetapi juga teknologi.

“Ini juga akan menyediaka­n peluang kepada CRAUN Research melihat bagaimana dapat membantu mengembang­kan lagi batik linut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan cawangan kedua Butik Batik Linut di Bangunan Tun Jugah di sini semalam.

Batik Linut merupakan batik pertama Sarawak yang dihasilkan daripada sagu dan diusahakan oleh usahawan Diana Rose.

Berbangga dengan pencapaian perniagaan batik linut, Fatimah berkata ini adalah satu pencapaian yang baik sebab bukan mudah untuk mengembang­kan bidang tekstil ini.

“Nama linut itu sahaja sudah membuatkan orang tertanya-tanya dan menarik minat untuk mengetahui mengenai batik linut.

“Ini adalah kreativiti dan kita dapat lihat hari ini coraknya semakin banyak yang baharu dan produknya juga banyak tidak terhad kepada kain dan selendang,” katanya.

Fatimah juga berkata tanpa disedari, pencapaian batik linut itu juga memberi kesan kepada usahawan lain, membantu mereka menghasilk­an produl berasaskan sagu.

Pada masa yang sama, ia juga membantu keseluruha­n industri berasaskan sagu dan rumbia.

“Terima kasih kepada Diana, apabila dia berjaya yang lain juga terdorong untuk berjaya. Ini cara yang mulia dalam menjalanka­n perniagaan,” kata Fatimah.

 ?? ?? INGIN TAHU: Fatimah (tengah) mendengar penerangan tentang batik linut daripada Diana (kiri).
INGIN TAHU: Fatimah (tengah) mendengar penerangan tentang batik linut daripada Diana (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia