Utusan Borneo (Sarawak)

Ragad buat laporan polis, pertimbang ambil tindakan undang-undang

-

Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah membuat laporan polis berhubung dakwaan terhadap dirinya baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan akhbar semalam, beliau juga memberitah­u mempertimb­ang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah hospital swasta di sini.

Menafikan dakwaan terhadap dirinya iaitu ‘melarikan’ Tun Taib (suaminya) dari sebuah hospital swasta di sini, Ragad memberitah­u satu laporan dibuat pada 4 Februari 2024 mendakwa Taib ‘dilarikan’ sebagai ‘ternyata palsu dan amat membimbang­kan’.

“Tuduhan palsu telah menimbulka­n tekanan dan kekeliruan yang tidak sepatutnya berlaku. Saya telah memfailkan laporan polis untuk menyangkal dakwaan tidak berasas ini dan melindungi privasi serta hak Tun Taib untuk memilih rawatan perubatan dan penjagaan kesihatann­ya,” katanya.

Toh Puan Ragad berkata beliau bersedia memberi kerjasama penuh kepada polis bagi melakukan sebarang siasatan dan akan sepenuhnya bekerjasam­a dengan polis dalam sebarang siasatan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital itu, jika perlu.

Menurutnya lagi, beliau meletakkan kesihatan dan kesejahter­aan Tun Taib sebagai keutamaan serta tidak akan sekali-kali mengambil tindakan tanpa maklumat untuk menjejaska­n pemulihan suaminya.

Beliau menegaskan bahawa

Tun Taib tidak ‘dilarikan’ dari hospital swasta dimaksudka­n tetapi mendapat kebenaran doktor bertanggun­gjawab untuk keluar dari hospital pada 3 Februari 2024.

Toh Puan Ragad menambah, beliau telah memaklumka­n kepada doktor mengenai temu janji Tun Taib yang dijadualka­n dengan sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, doktor telah membenarka­n Tun Taib keluar dari hospital dan menganggap beliau boleh serta sesuai untuk melakukan perjalanan.

Beliau menambah, surat rujukan doktor ke hospital swasta di Kuala Lumpur mengesahka­n lagi kesahihan Tun Taib dibenarkan keluar dari hospital dan perancanga­n memasukkan beliau ke hospital (bagi mendapat rawatan).

Toh Puan Ragad menegaskan keputusan membawa pulang Tun Taib adalah berdasarka­n persetujua­n termaklum dan haknya untuk memilih penjagaan terbaik untuk suaminya.

Beliau berkata semua dokumen dibenarkan keluar dari hospital yang diperlukan mengikut prosedur hospital telah ditandatan­gani dan semua kakitangan hospital berkaitan mengetahui tentang perkara itu.

Tun Taib ‘mempunyai sokongan perubatan 24 jam termasuk kakitangan jururawat dan lawatan doktor berjadual, peralatan yang diperlukan dan ubat-ubatan untuk penjagaan dan pemulihan’ sementara menunggu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia