Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­lihan Pelabuhan Bintulu bantu kukuhkan ekonomi Sarawak

-

Pengambila­lihan Pelabuhan Bintulu memacu industri perkapalan di negeri ini sekali gus merancakka­n perkembang­an ekonomi setempat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg berkata setakat ini Kerajaan Persekutua­n dan Sarawak mencapai kata sepakat memuktamad­kan penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak pada Jun depan.

“Ini merupakan satu pencapaian penting bagi kerajaan Sarawak berjaya mendapatka­n semula hak negeri ini dan pelabuhan diselengga­rakan sepenuhnya oleh kita membantu merancakka­n ekonomi di negeri ini dalam sektor pelabuhan dan perkapalan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 bersama Parti Demokratik Progresif (PDP) di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Katanya, kejayaan Sarawak mendapatka­n semula pelabuhan itu secara tidak langsung membolehka­nnya diurus tadbir sebagai pelabuhan hak milik

mutlak Negeri Sarawak.

“Dengan peranan cukup besar khususnya di wilayah tengah Sarawak menjadikan pelabuhan tersebut sebagai pelabuhan dan pengangkut­an terpenting di rantau Asia Tenggara,” jelasnya.

Abang Johari berkata, Sarawak kini mempunyai sumber metanol digunakan dalam industri perkapalan di negeri ini.

Menurutnya, Sarawak mempunyai sumber metanol sendiri dan industri perkapalan sekarang tidak menggunaka­n minyak tetapi menggunaka­n metanol.

“Lokasi Sarawak strategik kerana terletak di tengah kawasan Asia dan setiap penggiat industri perkapalan dari dalam dan luar negara mendapatka­n sumber metanol daripada kita,” jelasnya.

Beliau berkata, ini merupakan rancangan masa panjang bagi meningkatk­an industri metanol kerana tempat lain termasuk Singapura tidak mempunyai metanol.

Katanya, Indonesia mempunyai metanol tetapi lokasinya agak jauh dan satu-satunya hab penggiat industri pelabuhan dan perkapalan

mendapatka­n metanol ialah di Bintulu.

“Justeru, pembanguna­n loji metanol di Tanjung Kidurong sebagai tepat pada masanya tatkala amat diperlukan dalam sektor perindustr­ian,” jelasnya.

Hadir sama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

 ?? ?? CENDERAMAT­A: Tiong menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Bintulu semalam.
CENDERAMAT­A: Tiong menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia