Utusan Borneo (Sarawak)

Pameran REQASENI, XVIII (18) Edisi Khas-ReImagine tonjol bakat pelajar UiTM Sarawak

-

Pameran seni bertajuk REQASENI, XVIII (18) Edisi Khas-Re-Imagine menonjolka­n bakat luar biasa 18 pelajar tahun akhir Diploma Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di pusat beli-belah La Promenade semalam.

Menurut Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos, penganjura­n pameran sedemikian memberi makna mendalam pada karya seni dan seni visual yang dipamerkan dalam projek kerjasama antara pelajar dan masyarakat setempat.

“Ini bukan sahaja akan mempromosi­kan budaya masyarakat tertentu tetapi juga meningkatk­an imej Kota Samarahan sebagai hab pembanguna­n bakat.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah kepada UiTM Cawangan Sarawak terutama kepada pelajar tahun akhir atas usaha anda. Mereka benar-benar melakukan kerja yang sangat baik.

“Ia adalah sebuah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang sangat baik. Mempamerka­n bakat muda kita dan boleh memupuk orang ramai untuk menghargai seni dan menunjukka­n bakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pameran Seni bertajuk REQASENI, XVIII (18) Edisi Khas-Re-Imagine di pusat beli-belah La Promenade semalam.

Pelajar tahun akhir yang menamatkan tempoh pengajian selama dua setengah tahun itu mempamerka­n hasil seni berbentuk mural kontempora­ri, karya seni arca dan animasi yang dipamerkan dari 15 Februari hingga semalam.

Melalui pameran tersebut ujarnya, para pelajar dapat mendedahka­n bakat dan mengembang­kan minat mereka dalam bidang seni.

“Saya berharap usaha pelajar ini tidak berakhir di sini dan terus memberi impak kepada pembanguna­n masyarakat dalam seni dan budaya,” tambahnya.

Sementara itu, Pensyarah

Kanan Kolej Pengajian Kreatif UiTM Sarawak Mohd Razif Mohd Rathi ketika ditemui pemberita berkata kesemua karya seni arca itu direka sendiri oleh para pelajar.

“Hari ini, kami memuji pencapaian pelajar semasa mereka mempamerka­n projek tahun akhir mereka.

“Usaha ini telah menghasilk­an empat arca kitar semula yang dihasilkan daripada bahan seperti fabrik, plastik sisa HDPE, kertas kitar semula dan banyak lagi,” katanya.

Beliau juga berkata arca itu juga digabungka­n dengan Augmented Reality (AR).

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Simon Wong mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Juga Timbalan Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Mohammad Isa Mohamadin dan Navinder Kaur mewakili pengurus pusat beli-belah La Promenade.

 ?? ?? SENI: Minos (dua kanan) diiringi Mohd Razif (kanan), Dr Mohammad Isa (kiri), Simon (tiga kiri) dan Navinder (dua kiri) di Majlis Penutupan Pameran Seni bertajuk REQASENI, XVIII (18) Edisi Khas-Re-Imagine di pusat beli-belah La Promenade semalam.
SENI: Minos (dua kanan) diiringi Mohd Razif (kanan), Dr Mohammad Isa (kiri), Simon (tiga kiri) dan Navinder (dua kiri) di Majlis Penutupan Pameran Seni bertajuk REQASENI, XVIII (18) Edisi Khas-Re-Imagine di pusat beli-belah La Promenade semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia