Utusan Borneo (Sarawak)

Metanol hijau berpotensi tarik kapal antarabang­sa ke Sarawak

Produk hasil inisiatif Sarawak itu adalah berasaskan produk hiliran hasil daripada minyak dan gas: Abang Johari

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Dengan mempunyai banyak limbungan kapal di sini, produk metanol hijau berpotensi menarik minat pemain industri itu khususnya peringkat antarabang­sa.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, produk hasil inisiatif Sarawak itu adalah berasaskan produk hiliran hasil daripada minyak dan gas.

“Sudah pasti ini peluang untuk Sibu kerana di sini mempunyai banyak kapal. Ini kerana kebanyakan kapal kini menggunaka­n metanol sebagai bahan bakar enjinnya.

“Saya amat yakin ia juga bakal menarik minat kapal antarabang­sa berlabuh di pelabuhan di negeri ini,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun Ke65 SUPP di sini malam kelmarin.

Menurutnya, Sarawak mengeluark­an metanol hijau berikutan banyak kapal menggunaka­nnya sekarang, sebelum ini menggunaka­n minyak.

“Kita lihat Sibu banyak mengeluark­an kapal. Ini secara tidak langsung mempromosi­kan pelabuhan kita sebagai hab fasiliti untuk kapal antarabang­sa kerana mereka memerlukan metanol ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata polisi ekonomi hendaklah sentiasa berubah berdasarka­n keperluan semasa.

Jelasnya, inilah digunakan oleh Sarawak dalam meng

Premier Sarawak

gunakan tenaga baharunya bagi mempelbaga­ikan sumber untuk menjana pendapatan.

“Itulah cara kita berpolitik. Kita berpolitik mencari pendapatan baharu berasaskan tenaga baharu yang relevan dengan keperluan terkini.

“Hasilnya kita memperoleh­i pendapatan dan rakyat juga mendapat manfaat melalui dasar-dasar yang kita laksanakan,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata inisiatif tenaga hijau diperkenal­kan Sarawak membantu mengangkat nama Sarawak sehingga dikenali di mata dunia termasuk negaranega­ra maju.

Katanya, beliau diminta berucap di Bali, Tokyo, Itali dan banyak lagi negara mengenai polisi dan adaptasi tenaga diperbahar­ui di Sarawak.

“Ini bermakna dunia telah mengenali kita, Sarawak mempunyai inisiatif sendiri, bijak menggunaka­n tenaga diperbahar­uinya,” jelas beliau.

Justeru, dengan sumbersumb­er tenaga diperbahar­ui menjadi pemangkin ekonomi Sarawak, beliau yakin negeri ini mampu menjadi negeri termaju di Malaysia pada masa akan datang.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak merangkap Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Presiden I SUPP Datuk Seri Richard Riot Jaem, Timbalan Presiden II SUPP Dato Sri Lee Khim Shin, Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting dan Ketua Pemuda SUPP yang juga pengerusi pengelola Datuk Michael Tiang.

“Sudah pasti ini peluang untuk Sibu kerana di sini mempunyai banyak kapal. Ini kerana kebanyakan kapal kini menggunaka­n metanol sebagai bahan bakar enjinnya.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

 ?? ?? TERIMALAH: Abang Johari (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Tiang semasa Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun Ke-65 SUPP di Sibu malam kelmarin.
TERIMALAH: Abang Johari (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada Tiang semasa Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun Ke-65 SUPP di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia