Utusan Borneo (Sarawak)

Utama kebersihan tandas premis perniagaan dan makanan di Kota Samarahan

-

Kebersihan tandas perlu dititikber­atkan oleh pemilik dan pengusaha premis perniagaan dan makanan di kawasan ini sebagai langkah untuk menjadi salah satu pusat tarikan populasi, kebudayaan dan bakat.

Demikian kata Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Dato

Peter Minos sambil memperjela­skan bahawa kawasan tersebut kini sedang membangun dengan pesat.

“Kesibukan trafik juga semakin berkuranga­n dengan adanya ART tidak lama lagi, kita bakal mempunyai Hospital UNIMAS, sebuah pusat kawalan penyakit tidak berjangkit dan pusat antikanser.

“Samarahan menjadi bukan sahaja sebagai pusat pendidikan tetapi juga sebuah pusat kesihatan awam dan sudah tentu akan menarik sejumlah populasi ke sini.

“Sudah tentu MPKS telah bersedia untuk budaya baharu ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Pameran Seni bertajuk REQASENI, XVIII (18) Edisi Khas-Re-Imagine di La Promenade semalam.

Minos turut menyampaik­an rasa gembira atas usaha pusat beli-belah La Promenade milik Hock Seng Lee (HSL) yang telah mendapat pengiktira­fan tandas Gred A daripada pihaknya.

“Sejurus sampai di sini saya melekatkan pelekat Gred A pada tandas yang digunakan oleh orang awam di La Promenade milik Hock Seng Lee. Tahniah kepada Hock Seng Lee,” tambahnya.

Ujarnya dengan suasana yang bersih di dalam tandas memberikan ketenangan dan keselesaan kepada penggunany­a dan harus dijadikan teladan kepada ramai orang.

Justeru budaya tersebut harus diamalkan dari usia yang muda.

“Pupuk nilai menjaga kebersihan tandas di Samarahan selain cantik dan kondusif untuk didiami,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Kesihatan

Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Simon Wong mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Juga Timbalan Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Mohammad Isa Mohamadin dan Navinder Kaur sebagai wakil pengurus pusat belibelah La Promenade.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia